Saturday, September 22, 2012

Perjumpaan Raya Rakan-rakan ITM

Salam semua...
Hujung minggu lepas ke Kuala Lumpur.  Selain cuti hujung minggu selama tiga hari, ada perjumpaan hari raya bersama-sama dengan kawan-kawan yang belajar di ITM, Shah Alam dahulu.  Kebetulan Mona, setuju untuk jadi hos dan perjumpaan telah diadakan di rumahnya di Shah Alam.  Rasa perlu juga hadir kerana Mona setuju untuk tukar tarikh dari 8 ke 15 Ogos bila diberitahu 8 Ogos tue saya ada sekolah ganti.  Alhamdulillah....
Gambar di atas nie bersama-sama rakan-rakan yang hadir dan pasangan masing-masing, Anak-anak tak masuk pulak dalam gambar.

Kek di atas di bawa oleh Yazzed, nampak tak tahun berapa?  Kira persahabatan dengan kawan-kawan ITM nie dah masuk tahun ke 25 atau Jubli Perak.  Lamakan dan terasa kami sangat rapat tambahan setiap tahun diadakan perjumpaan untuk eratkan kembali silaturrahim dan mengenang kisah-kisah lama semasa zaman belajar dahulu.
Gambar di atas nie kawan-kawan perempuan yang hadir kecuali Miza je tak ada dalam gambar.  Dari kiri Zilah, Ana, Siti, Mona dan Yasmin

Nie pulak gambar kawan-kawan lelaki dari kiri Ipin, Lan, Sham, Yazzed, Khobil, Bob dan Salwi.  Rasanya lebih meriah jika lebih ramai yang dapat hadir tapi walau apa pun kehadiran 13 orang rakan bersama family pun sudah terasa kegembiraan dan kemeriahannya.  Hrmmm... lain kali kena promosi lebih lagi untuk ajak lebih ramai yang hadir.

Bila jumpa beramai-ramai begini, makan bukan la agenda yang utama tapi lebih kepada bertanya khabar berita selain mengenang kembali kisah-kisah silam.  Macam-macam cerita keluar. Hahaha.... tambahan pula gambar-gambar zaman belajar dulu ada dibawa, jadi ada la bahan cerita untuk dikongsi bersama.

Ok gambar yang nie ada Miza sekali.  Ikut kata Lan dia akan cuba adakan perjumpaan sempena Jubli Perak persahabatan kami tahun hadapan dan lebih ramai kawan-kawan akan cuba dijemput.  Kalau diperjumpaan tahun 2010, Azmi dari Sarawak boleh turun ke Shah Alam, jadi diharap tahun hadapan mungkin kawan-kawan dari jauh dan dekat akan lebih ramai hadir. Insyaallah.

Thursday, September 20, 2012

Iftar Dengan Rakan

Salam semua...
Nie pun entry tertunda yang dah sangat lama tapi sebab gambar-gambar nie dah memang ada dalam blog nie sebagai draft jadi letak dan publish je la.  Sementara nak letak cerita-cerita terkini letak la dulu gambar-gambar dan cerita-cerita zaman dinasor nie hehehe.  Ok gambar nie masa berbuka puasa atau sekarang ramai yang menggunakan istilah bahasa Arab iaitu iftar dengan rakan-rakan dari sekolah Osen pada 10 Ogos 2012 di Kompleks Rakan Muda Larut Matang, Kamunting.  Pengusaha tempat makan di sini adalah rakan satu sekolah dan sepanjang bulan puasa diadakan buffet buka puasa dengan harga RM13.00 seorang.  Sangat murahkan...

Jadi beberapa orang rakan dan keluarga telah berkumpul untuk berbuka puasa bersama-sama dan selain dapat berbincang tentang majlis perjumpaan raya yang akan diadakan pada tiga hari raya (entry tentang perjumpaan nie dah letak pun sebelum nie)

Atas nie Norliza, Rosmie dan Sahidan, mereka memang menetap di Taiping jadi tak jadi masalah untuk menyertai apa-apa program di Taiping.  Yang lain adalah Shariffudin dan saya sendiri hehehe...

Sebab kami kawan-kawan tokey, jadi makan pun special sikit sebab ada tambahan ikan siakap masak sweet sour dan udang galah goreng cili.  Yang lain-lain tue sama macam lain diambil dari hidangan buffet.

Buffet buka puasa nie memang mendapat sambutan dan penuh, kira kalau nak walk-in belum tentu ada tempat.  Hidangan lauk pauk pun ada pelbagai dan memang sangat berbaloi dengan bayaran RM13.00 seorang yang dibayar.
Tak banyak gambar lauk-pauk yang diambil sebab orang ramai  jadi setakat nie je yang ada.  Apa pun dari segi rasa memang boleh tahan sedapnya.  Tahun depan boleh la berbuka di sini lagi.

Suka-suka Hati...

Salam semua...
Bila dipertanggungjawabkan untuk menjaga Bilik Tayangan, kebersihan bilik antara faktor yang perlu ditekankan.  Kalau tidak dibersihkan maka bilik nie pasti bersepah dengan sampah sarap, belum lagi pasir dan habuk-habuk sebab kasut tidak perlu dibuka bila memasuki bilik nie.  Hrmmm.... kena minta peruntukan untuk pasang tikar getah lepas nie...
Sering meminta pelajar untuk membersihkan bilik bila ada yang datang semasa waktu rehat, antaranya Mira dan Ayu yang rajin membantu.  Nasib baik keduanya ringan tulang dan tidak berkira bila membantu.  Bila nampak saya keluarkan kamera terus keduanya tunduk hahaha... tak nak glamer kononnyer.
Yang bertiga nie pula, Ikmal, Hazli dan Azmi suka pulak bergambar, pantang nampak kamera mesti minta gambar mereka diambil dan siap pesan, cikgu nanti letak gambar kami dalam blog ye. Macam-macam gelagat dan perangai pelajar-pelajar nie.  Apa pun sentiasa mendoakan semoga semuanya berjaya dalam SPM yang akan menjelang tidak lama lagi dan seterusnya di dunia dan akhirat. 
Nie sebenarnya entry suka-suka bila baru sahaja habis kerja-kerja memeriksa kertas percubaan SPM... leganyaaaa...  Alhamdulillah...

Wednesday, September 19, 2012

Perjumpaan Raya 2012

Salam semua...
Syawal sudah pun melabuhkan tirainya hari Ahad yang lepas dan sekarang sudah pun 3 Zulkaedah 1433, tapi boleh tak kalau baru nak masuk entry tentang perjumpaan hari raya?  Semenjak dua menjak nie memang terasa sangat sibuk dengan kerja-kerja luar selain dari mengajar. Semuanya perlukan perhatian segera lepas satu-satu.  Ok berbalik pada cerita kita kali nie, pada 21 Ogos 2012 bersamaan dengan 3 Syawal telah diadakan satu Perjumpaan Raya untuk rakan-rakan dari Sekolah All Saints, Kamunting di Kompleks Rakan Muda Larut Matang, Kamunting.  Ini merupakan perjumpaan kami kali ketiga di hari ketiga Syawal.  Memang dah menjadi rutin dan ketetapan bahawa setiap 3 Syawal Perjumpaan Raya akan diadakan.
Gambar yang atas nie semua yang hadir pada perjumpaan tersebut.  Lebih istimewa kerana kali ini 3 orang guru turut hadir sama iaitu Cikgu Koshim, Cikgu Rusnah dan Cikgu Yati.  Akan lebih bermakna jika lebih ramai guru yang dapat hadir bersama. Selain itu ada juga beberapa orang rakan dari batch yang sama baru pertama kali hadir di perjumpaan ini seperti Fadzillah, Sabariah  dan Zul Unta (nie nama glamer kat sekolah dulu).  Kira selepas habis sekolah nie baru bertemu semula.  Alhamdulillah.
Tahun nie rakan-rakan satu batch yang hadir hanya 17 orang berbanding dengan perjumpaan sebelum ini.  Apa pun kemeriahan tetap dirasai dan moga di lain pertemuaan lebih ramai yang dapat hadir untuk bagi sokongan kepada rakan-rakan yang telah bertungkus lumus menganjurkan perjumpaan ini.  Gambar  di sebelah atas nie adalah rakan-rakan satu batch yang hadir.
Di atas nie gambar junior dengan cikgu-cikgu. Batch saya dan junior sangat rapat jadi setiap kali diadakan pertemuaan kami adakan sekali untuk kedua-duanya.  Jadi kehadiran pun akan lebih ramai dan meriah.  
Atas nie pulak gambar Jawatankuasa yang terlibat dengan program tersebut.  Walaupun programnya kecil sahaja tapi bila ada sokongan dan kerjasama daripada ramai rakan maka sesuatu kerja tue dapat dilakukan dengan enjoy dan jayanya.
Seperti biasa bila ada majlis reunion atau perjumpaan seperti ini muka yang sama yang akan hadir dan muka yang sama juga yang tidak dapat hadir.  Biasa la tue bila ada pertemuan untuk group yang lain pun benda yang sama berlaku.  Bukan semua rakan-rakan yang excited untuk berjumpa rakan-rakan lama.  Entah la saya je kot yang seronok dan sangat excited bila berjumpa dengan rakan-rakan, terutama bila sudah lama tidak berjumpa.  Ok apa pun moga pertemuan di lain masa lebih ramai yang akan dapat hadir untuk memeriahkan dan dapatlah silaturrahim dipereratkan semula.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??