Sunday, September 09, 2012

Tanpa Siaran TV

Salam semua...
Semalam Sabtu 8 September 2012, hari persekolahan menggantikan cuti hari raya.  Masa cuti memang bestkan tapi bila part nak kena ganti, tue yang tak berapa nak best sangat.  Tambahan dengan hujan sepanjang hari semalam rasa bestnya kalau tak payah siap-siap untuk bekerja semalam, tarik selimut dan tidur lagi seronok tapi apakan daya dah tugas memanggil.

Bila hujan lebat malam semalam bekalan elektrik terputus sekejap dan bila bangun tengok decoder Astro memang tak de signal langsung macam tak de elektrik je mungkin disambar petir tak tau la....  Jadi hujung minggu nie begitu membosankan sekali bila tak de TV. Hujung minggu tanpa TV kaedahnya... Hrmmm...  Nasib baik la ada komputer dan boleh tengok-tengok youtube dan lain-lain.  Kena cari apa problemnya...

Wednesday, September 05, 2012

Apakah Sengaja Dilakukan???

Salam semua...
Bila masuk ke Bilik Tayangan pagi nie seperti biasa untuk kelas pukul 8.00 pagi ternampak cebisan-cebisan kertas bertaburan di lantai dari meja guru.  Rasanya bila meninggalkan bilik nie semalam tiada kertas-kertas tersebut.
Terus tengok kertas apa dan didapati rupa-rupanya nombor-nombor kerusi yang dilekat di setiap kerusi telah ditanggalkan oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab...:@:@ Semua nombor-nombor tue diletak di setiap kerusi bila sekolah cuba untuk mendapatkan pengiktirafan 5S bulan Mac yang lalu :mad:
Bertabur-tabur nombor tag untuk setiap kerusi tue.  Bila diperiksa, 6 kerusi yang telah dengan sengajanya ditanggalkan tag nombornya. Hrmmm...  memang rasa nak marah sangat :mad::@:@
Gambar atas nie tag untuk setiap kerusi yang dibuat, itu pun dah beberapa kali dibetulkan dan dilekatkan semula bila ditanggalkan oleh pelajar yang menggunakan bilik tayangan.  Sebab tue setiap kali pelajar menggunakan bilik nie, peringatan sentiasa diberi supaya jangan mengusik apa-apa tag atau tanda yang telah diletak.
Antara cebisan kertas yang dikutip, rasa sangat kecewa dengan tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab tersebut.  Tak faham dengan manusia yang dengan sengaja suka untuk melakukan kemusnahan dan tidak menghargai usaha yang dilakukan untuk memastikan sesuatu tempat itu kemas dan teratur.  Itu belum lagi dikira yang sengaja membuang sampah merata-rata...

Sunday, September 02, 2012

Sembang Kosong

Salam semua...
Dah masuk 2 September 2012 hari nie bersamaan dengan 15 Syawal 1433.  Sekejap je masa berlalu kan... Tak lama lagi dah pelajar tingkatan 5 nak SPM dan sekarang tengah menghadapi Peperiksaan Percubaan.  Kerja-kerja memeriksa kertas exam belum lagi dimulakan walaupun kertas jawapan dah ada di tangan. Hahaha... bila la pulak nak datang mood dan kerajinan untuk memeriksa kertas-kertas exam tue?
Nie saja je entry sembang-sembang kosong,  Nak cerita tentang reunion dan berhari raya pun nanti-nanti la. Sekarang kat fb banyak kata-kata motivasi untuk kita jadikan pedoman dan panduan.  Ok hari nie ambil yang bawah nie yang ditujukan kepada ".........." u know who u are... Yang penting jangan putus asa dan sentiasa ingat kepadaNYA..

Friday, August 31, 2012

Salam Kemerdekaan Ke 55 Malaysia

Salam semua...
Bersyukur sangat-sangat dilahirkan di Malaysia yang menyambut ulangtahun kemerdekaan ke 55 hari ini 31 Ogos 2012.  Semoga Malaysia terus maju, aman dan makmur. Merdeka!!!

Thursday, August 30, 2012

Kerja-kerja Selepas Bercuti

Salam semua...
Balik dari cuti raya sibuk sikit dengan paper works yang perlu disiapkan dengan kadar segera kerana hari nie, Khamis ada satu mesyuarat letak kerja untuk dua program yang agak besar, bagi saya la....  Nie kira first time diberi kepercayaan untuk menjadi penyelaras bagi dua program yang akan berlangsung di akhir September dan satu lagi di pertengahan bulan Oktober.  Satu kepercayaan yang sangat berat untuk dipikul dan bibit tension dan stress dah pun mula dirasai.  Tue yang blog pun tak sempat nak jenguk apa tah lagi nak update.  Apa pun alhamdulillah mesyuarat telah pun dijalankan dan masih ada lagi perkara-perkara yang perlu diperbaiki.  Moga semuanya dipermudahkanNYA insyaallah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??