Monday, August 27, 2012

Aidil Fitri Yang Penuh Warna Warni

Salam semua..
Lama jugak tak update sebab ada masalah dengan connection ke internet melalui komputer nie.  Bila balik untuk bercuti adik dah bagi tau dia akan bawa P1 dia ke kampung, so ok alhamdulillah nanti boleh la nak update blog ke berfb atau twitter.  Tapi nan hado.... Entah kenapa komputer nie tak dapat internet access dengan P1 tue, hp boleh pulak... sib baik kalo tak, tak de la connected to the cyber world sepanjang cuti raya hehehe..

Tak banyak sangat yang boleh diceritakan tentang hari raya tahun ini. Seperti tahun-tahun yang sudah, tanpa Emak dan Abah, hari raya memang sangat terasa hambar.  Yang seronok bila dapat berkumpul dan berjumpa dengan adik-beradik kembali.
Sayu rasanya bila kembali ke kampung dengan rumah yang kosong.  Teringat bila Emak dan Abah masih lagi ada, bila anak-anak balik bertapa gembiranya mereka kerana jelas tergambar di muka dan wajah mereka.  Kalau ada yang berjanji untuk balik dan belum sampai, maka mula bibit-bibit kerisauan bermain di wajah. Dan Emak kejap-kejap akan berkata, bila diaorang nie nak sampai, kata sampai petang nie.... Abah pulak akan berkata tak lama lagi sampai la tue untuk menenangkan hati Emak....  Sayu rasanya hati bila mengenangkan semua ini. Rindu pada mereka tak dapat nak diungkapkan... Semoga Emak dan Abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..

Nasib baik masih ada lagi adik-beradik yang masih mahu meraikan Hari Raya bersama-sama walaupun tidak serentak, tapi pertemuan yang walaupun sekejap tapi penuh bermakna.  Pelbagai peristiwa suka dan duka berlaku sepanjang Ramadhan dan Syawal kali ini, tue yang Aidil Fitri kali ini memang penuh warna warni.  Nanti la ada masa insyaallah akan diceritakan....

Sunday, August 12, 2012

Beli Kerepek Di Pusat Jualan Masri, Sekinchan

Salam semua...
Minggu depan dah nak raya kan. Jadi dah siap ke kuih muih atau kerepek untuk berhari raya.  Rasanya dulu-dulu kerepek nie jarang dijadikan hidangan untuk berhari raya, tapi sekarang nie boleh dikatakan kebanyakan rumah ada menghidangkan kerepek dan macam-macam jajan.  Sebab kerepek dan jajan nie boleh makan bila-bila masa kan tanpa rasa jemu.
Kalau tak sempat dah nak order boleh la ke Pusat Jualan Masri nie yang terletak di Sekinchan (promosi nie tak dapat apa-apa pun saja je sebab singgah di sini sewaktu balik dari Shah Alam ari tue).  Di sini macam-macam jenis kerepek ada tue yang kat papan tanda kedai nie dia tulis Empayar Kerepek Sekinchan.
Selain tue ada jugak dipasarkan barangan keluaran Agromas dan IKS sekitar Sekinchan di sini.
Antara produk-produk Argomas kopi, rempah ratus, minuman dan lain-lain lagi.
Macam-macam jenis kerepek ada. Nak beli dalam jumlah yang banyak atau siap dipack sekilo-sekilo pun ada. Kerepek ubi kayu je pun ada bermacam perisa.
Kedai Masri nie pun bersih dan tersusun jadi selesa sangat untuk memilih barangan yang hendak dibeli.
Yang bangunan kayu nie pusat jualan yang lama terletak bersebelahan je.  Mungkin dah jadi bengkel atau stor tak pasti pulak.  Gembira bila lihat peniaga bumiputera yang semakin maju.

Teman - Lovehunter

Salam semua...
On the way balik dari Taiping ke Manjung tadi dengar lagu nie dimainkan di radio. Terus sampai rumah cari kat youtube so letak kat sini la...

Tuesday, August 07, 2012

Ku Bermohon...

Salam semua...
Bila tiba-tiba dalam sehari dua nie di kemukakan dengan persoalan-persoalan yang tak pernah dijangkau dek akal fikiran, hati mula tertanya-tanya, eh... biar betul, ke aku yang tersalah dengar???  Tak pernah lagi ada yang begitu berterus terang, di hati yang masih ragu-ragu tetap sukar untuk mempercayai apa yang didengar.  Semua kesan dan akibat mula difikirkan. Yang pasti aku perlu meminta petunjuk dariNYA tentang apa tindakan seterusnya.  Lindungi la hambaMu yang hina ini. (aku tak mahu dikecewakan...)

Tazkirah Ramadhan - Adab Berbuka Puasa

Salam semua...
Orang yang berpuasa Allah bagi dua kenikmatan, iaitu kenikmatan ketika berbuka dan yang kedua kenikmatan ketika berjumpa dengan Tuhannya.........( dipetik dari satu hadis ) walau begitu ketika berbuka puasa janganlah terlalu gopoh tapi ikutlah cara rasulullah seperti yang disarankan di bawah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??