Sunday, April 28, 2013

Kenapa dan Mengapa...

Salam semua...
JANGAN ditanya KENAPA dan MENGAPA ALLAH MEMBERI SESUATU UJIAN itu kepada KITA, Kerana, DIA LEBIH MENGETAHUI APA YANG DITENTUKANNYA.
JANGAN ditanya KENAPA dan MENGAPA NIKMAT itu TIDAK DAPAT kepada KITA,
 Kerana DIA LEBIH MEMAHAMI KEPERLUAN dari KEHENDAK DIRI KITA.

tetapi, TANYALAH,

KENAPA dan MENGAPA kita SUKAR MENERIMA SESUATU dengan IKHLASNYA, 
KENAPA dan MENGAPA kita TIDAK PERNAH MENSYUKURI NIKMAT yang DIBERI oleh DIA, KENAPA dan MENGAPA kita SELALU BERSANGKA BURUK dengan PENCIPTA KITA, 
KENAPA dan MENGAPA kita SENTIASA MELAKUKAN APA yang DILARANG-NYA

Sentiasalah bersyukur dengan apa yang dikurniakanNYA... Kadang-kadang kebaikan itu terselindung disebalik ujian tersebut..

Saturday, April 27, 2013

Tampal Dan Scaling Gigi

Salam semua...
Pagi nie pergi ke dentist untuk tampal gigi yang dah 2 ke 3 kali (atau lebih... lupa dah...) tercabut tampalannya. Dah dekat 3 minggu tampalan tue tercabut dan baru hari ini ada kesempatan dan kerajinan untuk ke klinik gigi.  Hahaha... dah tua-tua nie pun ada jugak rasa takut untuk bertemu dentist. Belum buka klinik tue lagi dah tunggu depan pintu untuk dapatkan nombor.  Alhamdulillah dapat nombor 2.  Ada dua orang yang lebih awal dari saya tunggu di depan klinik tue. Sorang dah buat appointment jadi dia tak perlu ambil nombor. Tak lama menunggu dalam 15 minit saya dipanggil untuk bertemu dentist, doktor gigi nie memang ramah dan lemah lembut orangnya.  Hilang rasa takut dan sebagainya.  Nasib baik gigi saya masih dapat diselamatkan dan ditampal kembali lubang tersebut.  Masa duduk di kerusi tue rasanya keras je badan bila mulut dinganga untuk diperiksa dan dibuat apa yang patut.

Ambil peluang untuk buat scaling gigi sekali selain menampal gigi yang berlubang tue.  Haishh... ada satu lagi lubang, nampaknya kena datang ke klinik gigi sekali lagi dalam masa terdekat nie.  Sayang jika gigi terpaksa dicabut, jadi jika masih dapat diselamatkan gigi tersebut elok la selamatkan.  Ngilu je bila buat scaling nie. Terutama bila dia nak buang plak-plak yang ada di celah-celah gigi (tengok lukisan kat bawah nie ambil dari pakcik google je).  Tahan je la... bila dah siap doktor akan suruh kumur-kumur masa tue nampak air yang dikumur pun berwarna merah, maksudnya berdarah jugak la dalam proses nak buang plak tue yang ngilu je...
Bila selesai semuanya, gigi rasa bersih je dan sangat best.  Sebab baru tampal gigi nak makan pun takut, takut tercabut tampalan atau pecah.  Makan benda-benda lembut je la sehari dua nie.  Minggu depan kena cari masa untuk ke klinik gigi sekali lagi untuk tampal satu lagi gigi yang berlubang.  Tadi suruh doktor tampal kedua-duanya, dia kata elok tampal di lain hari sebab nanti susah nak makan.  Hhrmmm...

Apa pun sentiasa redha dengan ketetapan yang telah ditentukan olehNYA.  Moga apa yang dilakukan dan pertolongan yang diberi, dilakukan dengan ikhlas insyaallah.  Rasa sedih dan kecewa pulak bila apa yang telah dilakukan dipertikaikan, sedangkan kita bersusah payah dan menolak kepentingan diri untuk melakukan pertolongan tersebut.  Luahan hati terhadap apa yang berlaku pagi tadi.  Bukan meroyan ke apa saja je nak cerita di sini.

Monday, April 22, 2013

Doaku Di Pagi Isnin Yang Indah

Salam semua...
Bertemu lagi di hari Isnin.  Ada yang bila tiba hari Isnin mula la kena Monday blues... rasa nak cepat, cepat hari Jumaat dan berhujung minggu.  Iye la sapa yang tak suka bercutikan, tapi hari Isnin tetap perlu kita lalui.  Sebab itu la kita perlu menyukai dan mencintai kerja kita supaya di hari Ahad itu kita tak sabar-sabar untuk memulakan kerja selepas berehat dan berhujung minggu (ada ke orang yang macam tue??).  Insyaallah memang ada orangnya.  Kita mendapat rezeki dan makan pakai kita semua dari kerja-kerja kita sebab itu memang perlu kita menyukainya.

Ok rasanya mulai sekarang bila update blog akan letak satu atau dua kata-kata hikmah untuk tatapan bersama sebagai panduan. Sekarang nie memang senang nak dapat kata-kata hikmah, motivasi dan sebagainya di fb.  Jadi cilok dari sana la ye... hehehe... minta kebenaran nie...

Saturday, April 20, 2013

Hari Penamaan Calon PRU 13

Salam semua...
Hari nie hari penamaan calon untuk PRU 13 yang akan berlangsung pada 5 Mei 2013.  Di mana-mana saja dari kedai kopi, fb, twitter, sekolah pun cerita-cerita politik dan pilihanraya menjadi tajuk bualan utama.  Kadang-kadang bosan jugak bila macam-macam cerita keluar yang belum tentu kesahihan cerita tersebut, Hmmm.. masing-masing nak tegakkan dan menangkan calon pilihan sendiri.  Apa pun jangan sampai memecah-belahkan perpaduan dan ketenteraman di negara yang kita semua cintai ini.

Dah lama tak update blog nie.  Tak tau kenapa macam tak ada idea walaupun hanya untuk mencoret sebaris ayat.  Di Fb pun walaupun sentiasa online tapi sangat jarang meng update status sendiri kerana tak tau nak tulis apa.  Chatting pun dah semakin kurang.  Tambahan sekarang dengan adanya whatsapp,  instagram, viber, line, wechat, keek dan lain-lain lagi medium sosial, menyebabkan Fb semakin kurang digunakan.  Kebanyakan application nie semua di install tapi gunanya tak jugak.

Ok bawah nie ada kata-kata sebagai panduan untuk diri sendiri terutamanya dalam mengharungi kehidupan sehari-hari.  Semoga kita terus melangkah ke hadapan dan sentiasa memperbaiki diri dalam apa saja yang dilakukan.  Mungkin ada kesilapan di sini sana, kecewa, gembira tapi apa pun terus la melangkah dan jadikan hari semalam sebagai panduan dan pengajaran agar tidak diulangi kesalahan yang lalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??