Thursday, November 29, 2012

Apa Perlu Dilakukan???

Salam semua...
Masih tidak sempat untuk menulis entry di sini.  Ini pun curi-curi masa kejap untuk jenguk dan tulis serba sedikit dalam blog nie. Kerja-kerja rutin nie betul-betul mencuri masa dan fikiran.  Sebelum itu ada laporan yang perlu disiapkan dan dihantar, bila siap barulah kerja-kerja ini bermula.  Tak tau kenapa walaupun dah berpengalaman tapi kerja-kerja berjalan agak perlahan.  Bila la nak dapatkan momentum dan mood.  Kena cepat-cepat dapatkan mood supaya kerja-kerja dapat berjalan dengan cepat  dan lancar.

Ok untuk hari nie mari tengok kata-kata di bawah nie yang diambil dari Fb.

Mari menjadi seorang insan yang selalu 

• BERSABAR Di saat diuji .
• TERSENYUM Di kala hati menangis .
• MEMAAFKAN Di saat dihina .
• BERDIAM Di kala membuat kebaikkan (^_^) .

Semoga hari-hari mendatang akan membawa kejayaan kepada kita dalam sama-sama mengharungi cabaran yang mendatang.  Apa pun sangat berharap kita akan sama-sama tabah dan berjaya.

Sunday, November 25, 2012

Bermula Kerja Rutin Hujung Tahun

Salam semua...
Selepas empat hari bermesyuarat untuk satu tugas rutin hujung tahun di Ipoh dari hari Khamis hingga hari ini Ahad, jadi nie baru la ada masa untuk menjenguk dan update blog.  Wah penat jugak bila mesyuarat dari pukul 8.00 am hingga 4.30 pm.  Dah la kena siapkan beberapa kerja sebelum balik hari ini, jadi memang terasa penat dan mengantuk terutama bila esok kena sekolah. Hrmmm... sebelum nie di tahun-tahun yang lalu di waktu memulakan kerja-kerja nie, cuti telah pun bermula jadi agak mudah dan santai menjalankan tanggungjawab rutin hujung tahun nie.  Tak pe la mungkin ini kali terakhir melakukan kerja-kerja ini, sebab  bila sekolah menjadi KV agak susah menjalankan kerja-kerja ini.
Best berada di dalam kumpulan mesyuarat nie yang sangat supporting dan sangat membantu.  Untuk kali ini tinggal di Rapat Setia di rumah adik Haslina yang kebetulan memang kosong kerana dalam proses pindah.  Dan untuk memulakan kerja-kerja rutin ini memang agak payah dan susah kerana baru nak familiar dengan semuanya.  Ini menyebabkan kerja-kerja berjalan agak lambat.  Sama jugak dengan kita manusia, memulakan sesuatu itu jugak sangat susah, macam-macam yang akan diperkatakan.  Apa pun melangkah la dengan pasti.  Sentiasa sabar dan berdoa agar semuanya berakhir dengan baik. Aamiin..

Tuesday, November 20, 2012

Aku Datang - Tomok

Salam semua...
Tengok cerita Istanbul Aku Datang ari tue, tertarik dengan lagu nyanyian Tomok nie. Macam best je... Hurmmm....  Apa pun layan je....

Sunday, November 18, 2012

Buffet Dim Sum Di Quality Hotel

Salam semua...
Nie entry cerita makan-makan masa ke KL penghujung Syawal lalu. Dah lama pun tapi letak je la kan, kalo tak, tak de cerita dah sekarang hahaha....  Kebetulan gambar nie memang dalam lama diletak dalam senarai draf untuk dipublish tapi tue la tak sempat nak habiskan, nie pun dah terpaksa edit balik apa yang dicoret sebab dah lamakan.  Jadi kita lari kejap citer pasal makan-makan yang dah lama berlaku nie.  Boleh hilang tension dan stress bila tengok gambar makanan nie hehehe... Bila boleh pegi lagi nie???
Dah pernah buat satu cerita makan buffet dim sum di Hotel Quality, KL nie dulu. Kira nie kali kedua datang makan-makan di sini.  Hrmmm... bestnya terutama yang minat dengan dim sum dan makanan cina.  Kalau yang tak suka... mungkin tak kan dapat menikmatinya.  Yang atas nie dim sum yang dikukus.  Inti banyaknya dari udang yang memang terasa kesegarannya.
Ok yang atas dan bawah nie pulak dim sum yang digoreng.  Memang sedap la...
Atas nie dim sum yang manis seperti egg tart, yang lain-lain tue nak sebut nama pun tak tau jadi tengok je la gambar-gambar yang diambil.



Suasana dalam Meisan, sebab lambat sampai dari waktu yang dijanjikan jadi dapat tempat belah belakang.  Masa nie masih lagi awal jadi tak ramai lagi yang sampai.

Ada jugak yong tau foo sop dalam buffet tue, selain tue nasi goreng pun ada dan kuih-muih.
Yang atas nie memang sedap la kulit tue dibuat daripada keladi.

Saturday, November 17, 2012

Cuti Dah Nak Habis...

Salam semua...
Seminggu nie cuti sedangkan kalau ikutkan memang dah cuti sekolah kan... Tapi tue la bila sekolah naik taraf jadi KV cuti dah tak sama macam selalu.  Bulan Disember nanti baru la start cuti selama sebulan sahaja sedangkan sekolah cuti untuk 7 minggu.  Waaa... dah kurang cuti, dah la masa kerja bertambah.... Tak pe fikir positif je la.

Hari nie baru balik dari KL, kira seminggu la ada di sana dari Jumaat lepas dan hari nie Sabtu baru balik ke Manjung.  Minggu depan akan mula sibuk dengan kerja-kerja rutin akhir tahun.  Mungkin ini tahun terakhir untuk kerja-kerja nie sebab tahun depan dah tak mengajar Sejarah tingkatan 4 dan 5 lagi.  Huhuhu... sedih jugak sebab dah lama ajar Sejarah untuk SPM. Jadi mungkin akan lagi kurang update blog, mungkin bila ada masa terluang boleh la letak entry yang ringkas.

Nak tulis cerita tentang ke KL pun tak de apa yang interesting.  Cuma kali nie drive ke sana dan kereta memang banyak di jalan.  Tadi masa singgah di R n R Rawang untuk breakfast punya la ramai orang kat tempat makan dan parking pun susah. Lepas pegi toilet terus je drive balik tak sempat nak beli apa-apa. Hrmmm...

Friday, November 16, 2012

Yazzed dan Rohaya Datang Manjung

Salam semua...
Nie entry tertunda yang nak letak kat sini dah lama dah tapi tak sempat sebab ada kerja lain yang perlu dilunaskan dahulu.  Jadi sebelum kembali sibuk minggu depan jadi letak la entry tertunda nie.  Nie patutnya nak buat dua entry tapi sebab dah lewat letak dalam satu entry je la.
Gambar atas nie Yazzed sekeluarga yang singgah kejap di Manjung dari Penang.  Gambar nie ambil pada hari Ahad, 28 Oktober 2012 yang lepas.  Terima kasih sebab sudi singgap ke rumah.  Yazzed nie kawan semasa di ITM, Shah Alam dan bila sambung di UUM masih lagi sama-sama melanjutkan pelajaran di tempat yang sama.
Gambar di atas dan bawah nie pula berlaku pada 6 November 2012.  Seorang lagi kawan semasa belajar di ITM datang ke Manjung.  Tapi kali nie hanya jumpa Rohaya Mahat di Swiss Garden Damai Laut yang kebetulan ada kursus di situ.  Jadi bawa Aya dan rakan pejabatnya ke Lumut untuk beli barangan hasil laut.  Tak sempat nak bawa ke rumah sebab dah lewat bila habis segala urusan di Lumut.  Insyaallah mungkin lain kali.
Kali terakhir jumpa Aya semasa reunion kawan-kawan ITM di rumah Yasmin tahun lepas.  Semasa zaman belajar dulu Aya merupakan rakan sebilik di Asrama Seroja.  Banyak kenangan pahit manis semasa setahun tinggal sebilik.  Lawak bila ingat-ingat kembali.  Those were the days...

Senyum Dan Maafkanlah...

Salam semua...
Hari Jumaat nie mari kita tengok satu kata-kata hikmah yang rasanya bagus untuk kita sama-sama hayati dan  renungkan untuk kebaikkan bersama.  Kata-kata yang simple tapi penuh bermakna. Sebab sering kali bila kita terluka atau kecewa tak kira la walau apa pun sebabnya, senyuman akan sangat payah terukir di bibir.  Memang kuat la kalau orang tue boleh senyum dalam keadaan begitu. Bukan senang ye...

Memaafkan juga susah untuk dilakukan terutama bila kita adalah orang yang dilukai dan disakiti.  Jadi sama-sama la kita bertabah dalam mengharungi cabaran dan dugaan hidup.  Semoga sentiasa boleh tersenyum dan memaafkan di dalam semua keadaan.  Insyaallah...

Istanbul Aku Datang

Salam semua...
Semalam tengok wayang cerita Istanbul Aku Datang.  Best la citer nie sebab romatik komedi yang menjadi. Rasanya lakonan Lisa Surihani kali nie pun hidup tak la kayu kayan macam orang selalu cakap hehehe...  Beto tak dapat dinafikan lagi la lakonannya, Tomok pun menjadi jugak walaupun kekadang tue nampak kaku.  Jadi rasa macam berbaloi jugak bila pegi tengok walaupun ada orang belanja untuk tiket.  Turki memang sebuah negara yang cantik dan dalam filem nie pun Istanbul memang cantik dengan warna pun menarik. Menyebabkan teringin nak pergi ke Turki, kena bekerja keras untuk kumpul dana kalau nak ke sana...  Apa pun tak rugi tengok citer nie.

Ok nie official trailer untuk Istanbul Aku Datang. So kalau tak sempat tengok kat wayang tunggu je la kat Astro First.

Wednesday, November 14, 2012

Awal Muharram 1434H

Salam semua...
Pada tahun ini, akhir tahun hijriah ialah pada 29 Zulhijjah 1433H iaitu bersamaan 14 November 2012 (Rabu) dan 1 Muharram 1434H jatuh pada 15 November 2012 (Khamis). Jangan lupa membaca kedua-dua doa akhir tahun (1433H) dan doa awal tahun (1434H) ini supaya kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan semoga mendapat keampunan Allah SWT, insya Allah….Aamiin.
Salam Maal Hijarah

Friday, November 02, 2012

Yang Drasakan...

Salam semua...
Apa yang dirasakan hari ini... setelah perbincangan dan penjelasan yang panjang semalam... :-)

Thursday, November 01, 2012

Selamat Datang November

Salam semua...
Entry nie sebenarnya nak letak pagi 1 November nie atau malam semalam. Tapi tue la bila wifi bermasalah di sekolah dan ada kerja yang perlu dibereskan jadi entry nie pun terpaksa dilewatkan.
Hari nie dah pun 1 November dan masa menulis entry nie dah pukul 7.30 pm pun, dah nak habis 1 November.  Bila masuk November bermaksud tinggal dua bulan sahaja lagi kita berada di 2012.  Cepatnya masa berlalukan... pejam celik pejam celik dah masuk November.
Minggu depan 5 November bermulanya SPM dan bagi pelajar KV pun final exam mereka bermula di tarikh yang sama.  Dua peperiksaan yang besar bermula minggu depan.  Risau memikirkan persediaan para pelajar, adakah mereka telah betul-betul bersedia? Bila ditanya ada segelintir yang masih lagi belum bersedia tapi nampak tidak ada riak bimbang di wajah mereka.  Cikgu pulak yang mula risau bagaimana mereka akan menghadapi dan menempuh peperiksaan yang agak besar dalam hidup mereka? Hrmmm....

Semoga kedatangan November membawa seribu rahmat dan barakah daripadaNYA kepada kita semua insyaallah.  November please be good to me.... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??