Wednesday, October 31, 2012

Durian Musang King

Salam semua...
Nampaknya musim durian datang lagi.  Di Manjung nie gerai menjual durian Musang King dan D24 dah pun mula beroperasi tak sampai seminggu.  Sebelum nie dah lama ditutup bila habis musim kot.  So apa lagi petang nie balik dari sekolah singgah kejap gerai nie untuk beli durian. Hehehe....
Hanya Musang King (tapi dia tulis Maushang King entah la mana yang betul) dan D24 sahaja yang dijual.  Jadi beli Musang King sebiji yang kecil sebab teringin.  Harga RM 23.00 sekilo, beli je sebab nak rasa.
Durian dikeluarkan dan diletak dalam bekas plastik jadi tak perlu bawa balik kulit durian.  Selepas diletak dalam bekas plastik cuma beberapa ulas je yang dapat seperti di bawah nie. Apa pun memang terbaek la durian nie.

Tuesday, October 30, 2012

Ceramah Perdana Oleh Ustaz Kazim Ellias

Salam semua...
Ok nak cerita sikit-sikit je lagi tentang JJKV, rasa macam dah lama berlalu tapi sebab sibuk dengan kerja-kerja lain tak sempat nak update blog sehari dua nie.  Tambah dengan SKT yang tak siap lagi dan esok tarikh akhir mengisi borang SKT secara online. Faham je la bila online macam-macam problem.
Ok berbalik kepada cerita JJKV, nie cerita di hari pertama 18 Oktober 2012, di mana sebelah malamnya ada ceramah perdana oleh Ustaz Kazim Elias.  Mengikut perancangan ceramah sepatutnya diadakan di padang sekolah, tetapi cuaca yang hujan menyebabkan terpaksa bertukar ke plan B iaitu buat di dewan sekolah.  Gambar di atas adalah Cikgu Wan dan Amin Maula bekas pelajar SMTSM dan orang yang banyak membantu membawa Ustaz Kazim Elias ke program JJKV.
Ustaz Kazim tiba tepat pada masanya dan disambut oleh Pengetua, PK dan Pengerusi PIBG.  Ustaz terus dibawa ke dalam dewan dan diperkenalkan kepada penonton malam itu dan terus bermula ceramah ustaz yang berlangsung selama satu jam setengah.
Ceramah Ustaz kali nie berkisar kepada tajuk pendidikan kemahiran dan vokasional selain dari tanggungjawab ibubapa, guru dan pelajar.  Alhamdulillah walaupun hujan, ramai penonton dari luar yang datang untuk program ceramah ini.
                    

Doa Buat Sahabat

Salam semua...

Friday, October 26, 2012

Pentas

Salam semua...
Hari nie hari raya Aidil Adha atau Raya Haji atau jugak Raya Korban.  Tapi rasa macam tak raya pun... Nie la bila hidup di perantauan dan anak yatim piatu. Hehehe... dah tua-tua pun bole kira kan anak yatim piatu jugak...  Ok nak cerita tentang hari raya pun tak de sangat sebab cuma berhari raya berdua dengan adik je.  Jadi cerita tentang benda-benda yang memang dah ada dalam komputer nie je la.
Ok kali nie nak tunjuk gambar tentang pentas semasa JJKV.  Mula-mula memang rancang nak sewa dari luar je pentas, tapi sebab nak save budget dan kebetulan ada pulak cikgu yang offer untuk buat pentas jadi terus pentas dibuat sendiri dengan kerjasama beberapa orang cikgu dan pelajar. Gambar atas nie seminggu sebelum bermulanya JJKV.  Pentas dibina di bawah pavillion jadi tak perlu sewa khemah.
Pentas dibina dari meja kantin yang telah tidak digunakan lagi kerana sekarang kantin menggunakan meja dan kerusi baru. Meja-meja tersebut telah dikuatkan dan menurut cikgu Ali nak lompat pun boleh atas pentas tue....
Kadboard di letak disebelah belakang, tengok je la apa yang dihias di pentas ini. Kerja hias-menghias pentas nie mula dilakukan oleh Dean yang memang pakar bab hias-menghias pentas, sapa lagi..

Gambar atas nie semasa persiapan untuk Ceramah Perdana Ustaz Kazim di hari pertama JJKV.  Nie semasa kerja-kerja menghias sedang dijalankan belum siap lagi.  Tapi disebabkan malam tersebut hujan, jadi tempat ceramah telah dipindahkan ke dalam dewan sekolah.  Jadi pentas nie tidak digunakan di hari pertama.
Alhamdulillah semasa Konsert Kesenian Islam, hujan berhenti sebelum konsert bermula, jadi boleh la pentas yang telah dihias nie digunakan juga akhirnya.  Sound system telah disewa dari luar kerana sekolah tidak mempunyai peralatan yang lengkap.  Terima kasih kepada semua yang telah bekerjasama membuat pentas ini.

Salam Aidil Adha..

Salam semua...
Hari nie kita menyambut Hari Raya Aidil Adha atau Qorban dan pada semua muslimin dan muslimat,semoga semua diberikan-NYA keberkatan, kerahmatan, keampunan dan kebahagiaan pada hari yang mulia ini.
Selamat Hari Raya Aidiladha
Renung dan hayati semangat disebalik hari perayaan ini agar ia memberi sinar dan dorongan untuk terus berkorban apa saja demi agama, bangsa dan negara, insyaallah..

Monday, October 22, 2012

Perasmian JJKV

Salam semua...
Nie baru nak letak entry tentang majlis perasmian untuk JJKV berjalan dengan lancarnya pada hari Khamis 18 Oktober 2012.  Program tiga hari yang bermula dari 18 hingga 20 Oktober ini telah dirasmikan oleh Encik Zainuren Mohd Nor, Timbalan Pengarah Pengoperasian Seklolah BPTV.
Gambar atas nie bila sampai di sekolah pukul 7.30 pagi di hari Khamis tersebut.  Malam sebelum itu hujan lebat jadi bahan pameran ada yang telah terkena tempias hujan dan terpaksa dibuat semula sebelum bermulanya majlis perasmian pukul 10.00 pagi.
Keadaan dalam dewan dalam pukul 7.45 pagi siap sedia untuk majlis perasmian yang akan bermula pukul 10.00 pagi.
Encik Zainuren disambut oleh pengetua-pengetua Zon Perak untuk majlis perasmian dan dibawa ke dewan dengan diiringi oleh pasukan kompang sekolah dan pembawa bunga manggar.
Dewan dipenuhi oleh pelajar-pelajar tingkatan 5 dan KV selain pelajar dari sekolah-sekolah daerah Manjung yang dijemput untuk mengikuti program JJKV ini dan sebagai satu outreach.

Sebelum selesai majlis perasmian, pengetua-pengetua naik ke atas pentas untuk sesi bergambar kenangan.
Setelah selesai majlis perasmian, tetamu dibawa ke bengkel dan tapak pameran.

Sunday, October 21, 2012

Alhamdulillah Dan Terima Kasih

Salam semua...
Semalam selesai sudah Program JJKV (Jom Jelajah Kolej Vokasional) Zon Perak yang berlangsung dari 18 hingga 20 Oktober 2012.  Alhamdulillah semua program yang dirancang telah berjaya dilaksanakan walaupun mungkin ada kelemahan di sana sini.
Terima kasih kepada semua yg memberi bantuan, sokongan, dorongan, kata-kata nasihat dan mempercayai saya untuk melakukan tugasan yang besar ini.  Sebelum ini, kerja yang selalu diserahkan kepada saya adalah menjaga jamuan, sehingga bila ada apa-apa program di sekolah, memang itu la tugas yang dipertanggungjawabkan.  Jadi bila diberi tanggungjawab untuk dua program yang besar bagi saya iaitu MARA 2012 sebelum ini dan JJKV, jadi memang tak lari dari rasa berdebar dan takut jika tidak dapat melaksanakannya.
Tidak apa yang dapat diucapkan selain terima kasih yang tak terhingga kepada semua.  Sangat bertuah bila ada team yang sangat-sangat membantu dalam menjayakan kerja-kerja. Bak kata orang putih, so many work to do but i'm blessed with a very good team. Terima kasih semua....
Banyak yang dipelajari dan pengalaman baru diperolehi.  Jika ada masa dan kerajinan mungkin boleh la letak gambar dan cerita-cerita JJKV kat blog nie. Kalo tak, cerita benda lain la.  Legaaa... rasanya.  Alhamdulillah...

Monday, October 15, 2012

Doaku...

Salam semua...
Setiap hari berlalu semakin banyak dugaan dan cabaran yang kita perlu tempuhi.  Pelbagai karenah perlu dihadapi dan untuk memenuhi permintaan dan harapan dari semua pihak bukan sesuatu yang mudah.  Antara cara mudah untuk menenangkan hati dan perasaan dalam menempuh hari-hari mendatang adalah dengan tidak putus-putus berdoa kepadaNYA.
Semoga diampunkan segala dosa kerana sebagai hambaNYA... kita memang sering lalai dan alpa dalam menjalankan tanggungjawab kepadaNYA.  

Sunday, October 14, 2012

Tiket Konsert

Salam semua...
Hari Ahad dah nak abis dah. Esok dah Isnin, bermula hari kerja untuk minggu yang dinanti-nantikan.  Hari nie, inilah kerja-kerja yang dilakukan mencetak tiket-tiket.  Patutnya kena buat dalam 500 keping tapi bila printer dah bagi warning ink dah mula kering, terus stop sebab ink pun dah tak de nak ganti catridge yang baru.  Sambung buat kat sekolah la esok.
Kena buat satu-satu sebab nombor tiket tue berturutan jadi  sempat buat dalam 250 keping.  Esok sambung lagi di sekolah kalau tak kena beli catridge dulu baru boleh sambung.  Norma dah pun siap mencetak sebanyak 500 keping.  Harap-harap penonton yang datang sebanyak tiket yang dicetak.
Tiket nie akan diletak lagi ciri keselamatan supaya tidak di cetak rompak. Hahaha... ada ke yang nak cetak rompak? Mana la tau kan...

Pendawaian Three Phase

Salam semua...
Apa lagi cerita yang ada seminggu dua nie kalau bukan tentang program JJKV yang akan berlangsung bermula 18 -20 Oktober 2012 ini.  Dua gambar di bawah nie diambil pada petang hari Khamis dan yang selebihnya tue di hari Jumaat baru ini.
Cikgu Ali dan Suhaimi bersama-sama dengan pelajar kemahiran atau SKM dari kursus JER semasa mula menjalankan kerja-kerja mengorek tanah untuk ditanam kabel bagi pendawaian yang akan dijalankan.
Nak cerita lebih-lebih, saya pun tak tahu sangat kerja-kerja pendawaian nie.  Jadi tengok la apa yang cikgu-cikgu dan pelajar-pelajar nie lakukan.  Sekolah sangat beruntung kerana guru-guru ramai yang pakar dalam bidang pendawaian elektrik dan elektronik kerana itu la yang diajar selama ini.  Sebab tu kerja-kerja nie boleh dilakukan sendiri tanpa perlu mengupah dari orang luar yang sudah tentu memerlukan belanja yang sangat besar.
Di petang Jumaat, Cikgu Mustapha dan pelajar-pelajar mula memasang wayar dan kotak fius (ye ke? hahaha...) Selepas siap baru la kerja-kerja memasang wayar untuk khemah-khemah akan dilakukan pada hari Selasa.  Kerana dijangkakan khemah akan dipasang pada hari Isnin.
Kerja-kerja pendawaian three phase nie dilakukan kerana sebanyak 28 khemah akan dipasang di padang sekolah jadi dengan khemah sebanyak itu mungkin bekalan elektrik yang sedia ada tidak mencukupi sebab tue la perlu dijalankan pendawaian three phase.  Itu la mengikut fahaman saya dari apa yang mereka katakan.
Ramai cikgu bengkel yang datang untuk menolong dan memberi sokongan kepada mereka yang melakukan kerja-kerja pendawaian.  Selepas ini kerja-kerja untuk menyediakan pentas dan sound system pula akan dijalankan.
Walaupun banyak kerja-kerja yang perlu dilakukan untuk program JJKV ini tapi sangat bersyukur kerana semangat kerja sepasukan yang ditunjukkan oleh guru-guru KVSM sangat kuat dan erat.  Apa yang susah dan berat terasa ringan dengan sokongan dari rakan-rakan. Alhamdulillah...

Saturday, October 13, 2012

Banner JJKV Dah Dinaikkan

Salam semua...
Terima 3 banner tentang program JJKV terutama ceramah oleh Ustaz Kazim dan Konsert Kesenian Islam dari pembekal.  Sebelum tue, terlebih dahulu dah pun dapat kebenaran untuk menggantung banner di 3 lokasi sekitar daerah Manjung dari MPM.  Semua nie telah diuruskan oleh Ustaz Syed dan diserahkan kepada saya untuk urusan seterusnya iaitu digantung ditempat yang telah ditetapkan.
 Minta pelajar buka banner untuk ditampal lesen kebenaran dari MPM dan melihat banner tersebut.  Mana yang tersilap di banner telah dibetulkan dan siap untuk digantung.  Kerja-kerja nie diserahkan kemudiannya pada cikgu Zulhafizi dan Shariman.
Setelah selesai menggantung banner, terima MMS dari Ridaudin dan Zulhafizi gambar banner yang telah digantung.  Di bawah nie banner yang digantung di Simpang Ayer Tawar.

Bawah nie pulak banner yang digantung di Sitiawan berdekatan dengan Klinik gigi.  Terima kasih kepada Ridaudin and the gang yang sanggup pergi ke Ayer Tawar seterusnya Sitiawan dan Teluk Muruh untuk menjalankan kerja-kerja menggantung banner.  Minggu depan promosi akan diteruskan dengan mengedarkan flyers program JJKV pula.

Friday, October 12, 2012

Makan Malam

Salam semua...
Ok kali nie nak buat entry tentang dinner tadi. Bila call Belkies dan kebetulan dia free memang akan ajak untuk dinner sama-sama.  Kali nie dinner kat kedai makan tomyam yang banyak kat Manjung nie. Kedai nie pun baru juga dibuka jadi bawa Belkies makan di sini. Bagi saya nie kali kedua makan di sini.
 Air order air epal asam  boi dan bandung special yang three layer.
Mula-mula nak order set menu tapi sebab Belkies nak makan nasi goreng je sebab dia masih kenyang jd masing-masing order nasi goreng. Kat atas nie nasi goreng pakupau kot nama dia lupa la pulak... hahaha... sebab nama dia pelik tue yang order.  Nasi goreng tue biasa je tapi ada ayam cincang dan telur goreng.
Belkies order nasi goreng kampung yang rasanya ok tapi orang kenyang makan memang la tak rasa kesedapannya.
Kuih nie lupa jugak namanya, dah tanya tapi sebab pelayan tue pekat sangat cakap kelantannya tak faham apa dia cakap.  Tapi rasa memang boleh tahan sedap. Macam kuih akok sikit dan tak manis sangat.  Atas kuih tue bubuh kelapa parut.  

Doa Untuk Kedua Ibubapa

Salam semua...
Sempena hari Jumaat yang mulia dan penuh berakah ini mari kita doakan kesejahteraan ibubapa kita.  Beruntunglah mereka yang masih mempunyai kedua-duanya sekali.  Bagi yang telah kehilangan keduanya seperti saya, apa pun hubungan kita dengan mereka tak kan terputus dengan sentiasa menitipkan doa untuk keduanya yang telah tiada.  Moga Allah perkenankan. Insyaallah... aamiin...

Thursday, October 11, 2012

Tak Perlu Kesah Lagi

Salam semua...
Iye saya faham kita memang dah tak friend tapi tak la sampai diblock.  Tak tau kenapa tetiba saya terus diblock dan tau la bila dah kena block memang la tak jumpa segala apa pun lagi tentang dia.  Tapi kenapa nak ambil tau kan??? Kenapa perlu kesah???  Tertanya-tanya sebab adakah kerana "conversations" dan "sms" pagi tadi or what???
Sebelum nie pun ada seorang kawan yang sangat baik pada satu ketika dahulu, yang ke mana-mana bersama, study, makan, jalan-jalan dan macam-macam lagi bersama tapi tetiba je terus diblock.  Sangat terasa hokey bila kawan-kawan lain bertanya dan memberitahu, 'eh... im.... add aku la kat fb, dia tak add ko ke?' Tak pe la mungkin semua nie ada hikmah yang tersembunyi, saya je yang tak tahu dan tak nampak lagi. Apa pun mulai sekarang, ada aku kesah???

Wednesday, October 10, 2012

Program Jom Jelajah KV (JJKV)

Salam semua...
Saja letak banner program Jom Jelajah KV (Kolej Vokasional) Zon Perak sebagai promosi. Hehehe... macam ada ramai pengunjung blog nie.. tak pe la kan.  JJKV nie akan berlangsung  minggu hadapan bermula 18 - 19 Oktober 2012 di Kolej Vokasional Seri Manjung.
Antara aktiviti yang dirancang adalah pameran IPTA/S, pameran industri, pameran dari SMT/V Zon Perak, gerai-gerai jualan dan pertandingan kemahiran dan permainan rakyat.  Banner di atas antara program besar yang diadakan iaitu ceramah daripada Ustaz Kazim Elias dan Konsert Kesenian Islam.  Datang jangan tak datang...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??