Wednesday, May 30, 2012

Nak Lunch Apa? Sushi King??

Salam semua...
Hari nie dah Rabu dan walaupun cuti telah bermula tapi perlu ke sekolah untuk satu perbincangan tentang program bila buka sekolah nanti. Pelajar tingkatan 5 memang la seperti biasa je persekolahan mereka tetapi  untuk pelajar KV mereka akan menghadapi semester pendek, jadi perlu la dibuat perancangan apa programnya.  Selesai perbincangan isi markah dan hantar kertas jawapan pelajar sebab hari nie hari akhir untuk semua tue.  Rupanya saya antara yang terakhir hantar dan isi markah tapi sib baik bukan last hehehe....
Selesai urusan di sekolah pegi ke Pejabat Tanah pulak untuk bayar cukai tanah, nie pun last minute jugak sebab 31 Mei nie last bayar kalau tak kena denda. Hehehe... memang suka betul keje last, last nie.  Alhamdulillah selesai urusan, apa lagi jalan-jalan la.  Tapi kat Manjung nie bukan ada apa sangat nak window shopping, jadi round Sitiawan sebab dengarnya tak lama lagi Domino Pizza dah nak buka... wah bestnya sebelum nie kalau nak makan pizza pergi Pizza Hut je, tapi tak lama lagi ada pilihan. Best, best...
Ohhh.. nie sebenarnya nak cerita tentang makan tengahari tadi di Sushi King tapi dah melalut cerita tentang benda-benda lain.  Bila masuk ke dalam Sushi King nie tak ramai orang pun ada dua meja je yang ada pelanggan lain kosong.  Jadi seperti biasa order Takoyaki dan kali nie try set menu iaitu Piri  Piri Chicken.  Tak makan sushi pun kali nie, tengok je sushi-sushi tue berpusing-pusing dan memanggil-manggil  suruh rasa.
Nie la set Piri Piri Chicken yang berharga RM 16.90.  Ada 5 hidangan dalam set nie
Yang utamanya terdiri daripada nugget ayam, potato wedges dan telur.  Disaluti dengan sos pedas dan mayonis.  Rasa bole tahan cuma telur tue biasa je tak de special apa pun.  Gambar sebelah tue Japanese egg custard. Ingatkan macam puding manis tapi bukan, dalam tue ada cendawan, macam isi ketam dan apa lagi entah... Saya tak berapa suka la.
Yang atas nie pulak miso soup, bole la tapi tak berapa suka jugak rasanya.  Kemudian dalam set Piri Piri Chicken nie ada nasi dan juga minuman Yakult, tapi dua nie tak ambil pulak gambar dekat2 sebab biasa je la kan.  Makan hidangan set nie dulu jadi takoyaki yang diorder tue minta bungkus je sebab dah kenyang sangat. Alhamdulillah

Tuesday, May 29, 2012

Kerja Memang Takkan Selesai...



Salam semua...
Wahhhh.... lamanyerrr tak update blog nie.  Dah 2 minggu.  Memang semenjak dua menjak nie sibuk sangat-sangat dengan kerja-kerja yang mahukan keputusan segera dan urgent sesaja.  Jadi terpaksa la diketepikan sekejap untuk update blog dan dahulukan kerja-kerja yang perlukan perhatian segera.  Nie baru dapat bernafas bila siap pun kerja-kerja memeriksa kertas pelajar KV yang perlu diberi markahnya esok. Sib baik sempat siap. Pheewww....  Sebelum tue kena siapkan kertas kerja dan laporan.
Dah cuti sekolah pun sekarang untuk dua minggu dan buat pertama kalinya dalam 3, 4 tahun, nie la first time mungkin tak akan ke mana-mana.  Frust jugak tapi tak pe la sebab mungkin lain kali bole pergi holiday ke mana-mana lagi.  Huhuhu...


Tuesday, May 15, 2012

Hari Guru Tiba Lagi

Salam semua...
Yeayyy....hari itu datang lagi... 16 Mei setiap tahun diadakan sambutan Hari Guru. Esok kan... Tahun nie sedikit berbeza kerana sekolah telah terpilih menjadi kolej rintis dan sekarang peperiksaan untuk pelajar kolej dan tingkatan 5 sedang berlangsung, Jadi sambutan akan diadakan minggu hadapan walaupun dah terima arahan mengatakan sambutan mesti diadakan esok.  Peperiksaan kolej dibuat serentak untuk semua Kolej Vokasional jadi tak boleh ditangguhkan.
Teacher's Day Greetings 9
Masa hari guru nie la nak tengok seseorang guru tue famous atau tidak dalam kalangan pelajar.  Kalau yang banyak hadiah tue tentu la menjadi kesayangan pelajar kan.  Hrmmm... saya pulak... memang la tak famous kan... ada la jugak pelajar yang ingat dan memberi hadiah, alhamdulillah. Apa pun yang penting kita menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, ikhlas dan penuh tanggungjawab. Kepada rakan-rakan guru Selamat Hari Guru dan moga kita terus dapat melaksanakan tugas dengan baik serta bersemangat mendidik anak bangsa menjadi insan yang bekualiti dunia dan akhirat.
Ucapan terima kasih kepada guru-guru yang pernah mengajarku dulu, jasa kalian memang tidak akan dilupakan dan tidak terbalas.

Monday, May 14, 2012

Tidur Yang Lena

Salam semua...
Mula memang dah nampak pelajar nie tido dalam kelas.  Dah tegur, dia jaga tapi lepas tue zzzz.... balik.  Mula-mula dia tido, kepala masih lagi tegak macam tengah mendengar apa yang diajar..  tapi lepas tue saip mengerekot macam tue.  Kebetulan bilik tempat buat kelas nie ada air-cond sejuk apa lagi tido pun sodap kan....
Saja je masukkan gambar nie sebab tak tau nak letak apa.  Tengok-tengok jumpa gambar nie, buat la satu entry.... hehehe.... walaupun kawan-kawan dia dah bangun dan ucap terima kasih dan keluar dia masih tak sedar.  Lena betul tidonya, apa la yang dimimpikannya???

Ada yang kata cikgu tak pandai ajar dan tak pandai tarik perhatian pelajar sebab tue pelajar lena.    Huhuhu.... cikgu dah buat macam-macam, nampaknya  cikgu kena pergi tambahkan ilmu lagi.... Jom sambung belajar kawan-kawan...

Sunday, May 13, 2012

Roti Canai Sedap

Salam semua...
Pagi tadi breakfast apa? Orang dah citer tentang lunch dan dinner, baru nak cakap pasal minum pagi hehehe... tak pe la janji ada entry walaupun... nan hado je...
Dah pernah cerita tentang kedai roti canai nie dalam blog yang lama tapi blog tue dah terbiar je sekarang.  Jadi bila pegi makan di kedai roti canai tepi sungai di Kampung Sitiawan baru nie buat la satu entry.  Agak lama jugak tak makan di sini, jadi bila adik ajak makan di sini memang la setuju.  Dah semakin besar kedai nie sekarang. Tengok gambar yang mula-mula tue. Masa sampai kebanyakkan tempat duduk ada orang memang ramai la masa tue ada yang sampai kena tunggu untuk dapat tempat duduk.
Masa sampai nasi lemak pun dah habis, jadi bila sampai je nasi lemak terus ambil, sib baik sempat hahaha...  Sebenarnya tak de la special mana pun nasi lemak nie, nasi dan sambal ikan.  Telur, timun dan ikan bilis pun tak de.  Tapi letak je, kejap je habis.  Rasa kira boleh tahan la.  Iye la sementara nak tunggu dapat roti canai.
Dalam menunggu tue tengok la bot-bot yang lalu lalang kat sungai tue.  Tue la specialnya makan kat sini kedainya atas air tepi sungai.  Sambil-sambil makan boleh tengok bot-bot nelayan.
Dah sampai pun roti canai, roti pun cuma ada roti kosong dan telur saja,  Kuah yang dihidangkan bersama roti adalah kari ikan je tak de la sambal atau kuah dal. Tapi tue la bagi saya, sedap la, roti lembut dan kena dengan kuah kari tue rasanya.
Masa nak bayar ambik gambar tempat buat roti canai nie.  Pekerja yang buat roti canai ada 6 orang kalau tak salah sebab iye la hidangan utama roti canai kan...  Pelanggan bukan Melayu je, tapi orang Cina dan India pun ramai makan di sini.
Sebelum balik singgah kejap tengok apa yang dia orang jual kat tepi gerai nie. Ada ikan pari dan ketam.  Fresh lagi baru je naik. 

Saturday, May 12, 2012

Selamat Hari Ibu

Salam semua...
Bertuah la pada anda semua yang masih mempunyai ibu, emak, mama, mek, umi dan macam-macam panggilan lagi... Rindu sangat bila tengok gambar-gambar lama mak yang ada dalam simpanan. Hanya doa yang dapat dititipkan  moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mak dan juga abah dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.. Amin....
Semua tinggal kenangan dan gambar di atas kalau tak salah tahun 1987.  Mak pergi meninggalkan kami pada 18 Januari 2003 dan masa tue tak de kamera digital, jadi nak cari gambar dan kena la scan dan upload.  Teringat-ingat suara mak bila marahkan kami anak-anaknya bila nakal.  Semalam tengok rancangan Semanis Kurma tentang masakan ibu, memang tak dinafikan masakan mak memang sedap walaupun simple je  seperti masak asam pedas, masak lemak, sambal dan sebagainya.  Menyesal jugak bila tak sempat belajar buat kuih-kuih tradisonal dari mak seperti bengkang, kasui, pau, tepung talam dan lain-lain lagi.  Dulu mak dan abah buka kantin, jadi bila dah selalu tengok mak buat kuih-kuih nie tak pernah nak belajar betul-betul.  Hrmmm... sekarang kalau nak makan beli je la nak buat tak pandai...
Sayang mak....

Friday, May 11, 2012

Mustafa Centre

Salam semua...
Alangkah bestnya kalau kat sini ada shopping complex yang buka 24 jam.  Bila-bila tension dan nak tenangkan fikiran terus je pegi shopping tak kira bila pun masanya, pukul 12 tengah malam ke, 3 pagi atau pukul 6.30 pagi.  Bole?  Hehehe... bole kan, tension je shopping, tapi entah-entah bukan bertambah tenang tapi bertambah pening sebab nak fikir duit dah habis pulak.

 
Gambar-gambar nie masa cuti-cuti di Singapore bulan Mac hari tue, lama dah tapi saja la, tengok-tengok gambar nampak pulak gambar-gambar nie semua, jadi buat la satu entry pasal tempat shopping nie.  kami duduk di budget hotel yang betul-betul bertentang dengan pintu masuk blok baru Mustafa Centre.  Mustafa Centre nie terletak di Jalan Syed Alwi yang terletak di Little India dan dibuka 24 jam.  Bestnya boleh shopping bila-bila masa je, janji ada duit kalau tak cuci mata je la.
Gambar-gambar nie nampak macam tak de orang pun shopping di sini kan... sebab masa nie pukul 7.00 pagi  (Tue pun curi-curi ambil gambar sebab staf dia merata-rata).  Awal tak?  Lepas breakfast awal pagi terus gie shopping.  Sebelum tue bila pergi pukul 8.30 malam punya la ramai orang nak tengok-tengok barang pun susah.  Lagi pun dekat je dengan hotel jadi  tiap-taip hari pegi untuk tengok barang-barang.  Macam-macam barang ada  Tak la shopping apa sangat sebab tukaran duit kan dan ada barang yang sama je dengan tempat kita.
Nak apa boleh dikatakan semua barang ada.  Tue yang kalau pegi sejam dua memang tak sempat nak tengok semua tempat dan barang.  Sib baik hotel dekat tue yang tiap-taip hari pegi walaupun sekejap-sekejap je.  Bila tengok kat wikipedia katanya dulu-dulu kereta pun ada dijual tapi sekarang dah tak de la.
Barangan makanan ada macam-macam yang tak pernah jumpa pun ada contohnya  dari  India, Arab dan lain-lain, memang macam-macam pilihan.  Kat bawah nie baklava, mula-mula teringin nak beli tapi bila tengok harga dan rasa pun manis sangat tak jadi la.
Barang kemas, jam, barangan rumah, restoran, pinggan mangkuk, pengurup wang, barangan dapur, alat tulis, barangan sukan dan macam-macam lagi la semua ada.

Barangan elektrik pun ada macam-macam,  nie pun mula-mula nak beli, tapi tak jadi jugak.  Tak pe la ada rezeki nanti bole la datang shopping sini lagi.  Hahaha.. orang tak de duit cam tue la kalo banyak duit pegi Orchard Road la kan.

Thursday, May 10, 2012

Kenapa Aku???

Salam semua...
Kadang-kadang kita sering tertanya-tanya kenapa sesuatu perkara tue terjadi kepada kita.  Kenapa kita dan tidak orang lain?  Kenapa begini dan tidak begitu? Kenapa ujian itu kena pada aku?  Persoalan-persoalan begini memang selalu bermain di minda kita.  Tapi mengikut ustaz sebenarnya itu la kemanisan hidup.  Allah akan sentiasa menguji hambanya.  Selagi kita masih bernyawa selagi itu lah akan ada ujian yang akan kita hadapi.  Kesusahan dalam hidup satu ujian, malahan kesenangan hidup pun ujian jugak sebenarnya.  Semua itu ujian untuk melihat sejauh mana kita bersyukur dan mengingatiNYA.  Bukan hanya bila susah sahaja baru   nak ingat padaNYA.

Ok kata-kata di bawah nie pun ambil dari fb.  Bila baca rasa terkesan sangat...

KENAPA KITA DI UJI???
Allah berfirman dalam surah Ankabut (ayat 2 - 3)
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, kami beriman,  sedangkan mereka tidak di uji?  Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka,...."
KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN NIE??
Mari kita sama sama renungkan...

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah (ayat 286)
"Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
Bersyukurlah selalu semoga Allah akan sentiasa merahmati kita semua. Amin...

Tuesday, May 08, 2012

McD Take Away... Anyone?

Salam semua...
Kalau lapar dan nak makan dengan cepat dan senang selalunya makan di mana?  Kalau tanya masak apa, lagi la tak kan......  Kalau saya la sejak Manjung dah ada Mc D drive-thru nie memang sangat menyenangkan dan mengenyangkan....  Dah lama dah Mc D nie dan gambar nie pun bukan la gambar baru, dua ke tiga minggu lepas.
 Bila sampai kat sini dah mula terfikir-fikir nak makan apa walaupun selalunya dah tau nak beli apa pun.  Tapi still tengok-tengok jugak menu  yang tertera kot ada benda baru yang boleh dicuba.
 Terus bercakap dekat screen tue apa yang nak diorder.  Selalu bila nak makan Mc D suka pegi dari pukul 12.00 ke 3.00 pm untuk Mc Value Lunch dan 6.00 - 9.00 pm untuk Mc Value Dinner sebab masa nie ada diskaunkan.  Tapi bila lapar dan teringin tak kira la pukul berapa pun pegi je la.  Wah cakap macam selalu pegi tapi sebenarnya nak makan mungkin ada la sebulan sekali atau dua je.
Bila dah bayar baru teringat nak ambil gambar.  Masa nie selalu tanya dapat free apa sebab harga melebihi RM 20.00 dan ada sticker Mc D kat kereta kan.  Selalunya dapat apple pie je la.  Apa pun ok la ada jugak dari tak de apa langsungkan. 
Masa kat sini dah rasa seronok sangat sebab dah terbayang dah nak makan fries dan minum air dulu bila dapat, tak sempat tunggu sampai rumah  
 
Tunggu la sampai dia buka tingkap tue dan hulurkan makanan untuk dibawa pulang. Kalau ada jugak drive-thru kat Manjung nie yang jual mee goreng, nasi goreng, nasi lemak kan best.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??