Wednesday, April 25, 2012

Lawatan 5S Ke Bilk Tayangan

Salam semua...
Hari nie Pengarah KVSM, Puan Hajah Intan Suhana mengadakan lawatan ke bilik-bilik tertentu untuk melihat sejauh mana guru-guru telah melaksanakan 5S di tempat yang dipertanggungjawabkan.  Bilik Tayangan salah satu bilik yang dilawati.
Disebabkan masa tue kelas Sejarah untuk 1TEN3 sedang berlansung jadi lawatan dijalankan hanya sekejap sahaja.
Gembira dengan lawatan tersebut kerana akhirnya ada juga pihak pentadbir yang melawat bilik-bilik yang telah menjalankan 5S.  Secara tak langsung rasa segala penat lelah dalam merealisasikan 5S nie dihargai.
Masa nie sempat juga menyampaikan masalah yang dihadapi  sebagai PIC Bilik Tayangan... hehehe....
Amboi diaorang nie pun bukan main rajin lagi masa Pengarah datang melawat, siap masing-masing rajin membuat nota.  Diam dan penuh konsentrasi, kan bagus kalau selalu macam nie...

Sunday, April 22, 2012

Makan-makan Sempena Birthday Mahmud

Salam semua...
Citer makan-makan nie berlaku pada 18 April baru nie.  Sempena birthday Mahmud bawa dia pegi makan-makan.  Dah lama jugak tak makan kat luar terutama kat kedai seafood.  Kebetulan memang malas nak masak pun ari tue. Hehehe...
Order udang masak cili.  Kali nie tak order sotong goreng tepung sebab Mahmud allergic dengan sotong.
Untuk sayur biasa la order kailan goreng ikan masin tapi bila makan rasa macam sayur sawi je .  Apa pun rasa biasa je.
Yang atas nie sup ekor. Hehehe... nampak sup je kan, isi dia boleh tahan jugak untuk makan sorang.
Last sekali sampai ikan pari bakar dengan air asam.  Memang sedap la ikan pari nie sebab fresh dan sambal yang diletak atas ikan tue pun sedap.
Nie la makan malam kami ari tue. Suka pegi kat Lumut Ikan Bakar nie sebab servis dia memang cepat dan rasa pun boleh tahan.  Harga pun ok.  Jadi kalau bawa kawan atau saudara mara makan di sini memang ok sangat.

Bihun Sup Daging

Salam semua...
Balik Taiping baru nie berkesempatan breakfast bihun sup di Medan Selera Wakaf, Taiping.  Memang famous la bihun sup kat kedai nie. Selain daging ada jugak sup ayam tapi tak pernah cuba pun.  Selalu bila ke sini mesti makan sup daging campur.  Memang terbaekkk... la.  Letak pulak cili jeruk dan jugak cili tumbuk tue memang perghh.. hehehe... tak caya, cuba la bila datang Taiping.

Thursday, April 19, 2012

Cuti Sempena Hari Keputeraan Sultan Perak

Salam semua...
Dah nak habis hari Khamis nie baru letak entry, yang hari nie Perak cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Perak yang ke 84.  Daulat Tuanku.

Tuesday, April 17, 2012

Hujung Minggu Yang Panjang Dan Sibuk

Salam semua...
Beberapa hari tak update kerana agak sibuk dengan kerja-kerja 5S.  Sibuk buat label, tag, parking untuk bilik tayangan sebab saya menjadi PIC untuk bilik tersebut (Alhamdulillah dah pun dapat anugerah Persijilan 5S nie). Jadi hari nie ada masa untuk update blog dan jengok-jengok Fb.  Hujung minggu baru nie terasa begitu panjang dan sibuk dengan program bersama Pengarah BPTV dan mesyuarat tergempar di pagi Ahad.
Pagi Sabtu 14 April bermula seawal 6.30 pagi untuk ke INTIM, Ipoh di mana dijalankan Majlis Konsolidasi Transformasi Pendidikan Vokasional, peringkat negeri Perak.  Majlis tersebut dikatakan road show terakhir Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah dianjurkan di seluruh Malaysia dengan bermula di Sarawak dan berakhir di Perak.  Ini adalah satu siri penerangan tentang pelaksanaan Kolej Vokasional yang akan dilaksanakan di seluruh Sekolah Vokasional dan setengah Sekolah Teknik bermula tahun 2013.  Pada tahun ini 2012, sebanyak 15 Sekolah Vokasional terpilih telah pun dinaik taraf sebagai Kolej Vokasional dan Sekolah Vokasional Seri Manjung telah terpilih untuk projek rintis ini.
Majlis bermula pukul 10.00 pagi dan selesai pada pukul 3.00 petang. (Percaya tak???).  Punya la lama tunggu dalam dewan untuk mendengar penerangan dari penceramah dan Pengarah dan biasa la bila ada sesi soal jawab maka berlarut la program.  Lepas pukul 3.00 petang baru la makan tengah hari... wah laparnya.  Nasib baik dibekalkan roti bun dan air mineral.  Sampai rumah dah dekat pukul 6.00 petang sebab ke Ipoh dengan bas jadi biasa la mesti lambat.
Hari Ahad esoknya biasa la dah rancang macam selalu nak tengok tv, baca paper Ahad dan lepak-lepak. Tapi terima sms mengatakan akan diadakan satu mesyuarat dan perlu hadir ke sekolah pukul 11.00 pagi.  Rupanya satu lawatan pemantauan KPM ke Kolej rintis akan diadakan pada hari Isnin keesokkan harinya.  Jadi biasa la tugas saya mesti la order makanan untuk esok dan belikan cenderamata untuk pelawat.
 
Habis mesyuarat dalam pukul 1.30 petang dan terus ke Lumut untuk beri makanan laut sebagai cenderamata dan siapkan kerja-kerja lain untuk esok sempena lawatan pemantauan tersebut.  Guru-guru yang hadir santai sahaja sebab Ahadkan.
Hari Isnin, 16 April 2012, 5 pemantau dari BPTV, BPK, Nazir, Lembaga Peperiksaan dan IPG Kampus Teknik  hadir untuk menjalankan pemantauan.  Bermula dengan taklimat dari Pengarah dan sesi soal jawab antara kedua-dua pihak.  Seterusnya diadakan pula perjumpaan dengan guru-guru untuk mengetahui masalah dan kekangan sepanjang 4 bulan menjadi Kolej rintis.
Khusyuk semua ahli mesyuarat mendengar taklimat dan penerangan dari Pengarah Kolej.  Kerja-kerja 5S tertangguh sekejap kerana lawatan pemantauan ini, sedangkan audit dari MPC diadakan keesokkan harinya.
Perjumpaan dengan guru-guru tidak ramai guru dapat hadir kerana ada yang ada kelas dan sibuk dengan persiapan 5S.    Semasa perjumpaan ini, ada pemantau yang terus ke bengkel untuk menjalankan kerja-kerja pencerapan.  Apa pun lega bila lawatan ini berjalan lancar.  Memang letih betul minggu lepas kira tiap-tiap hari ada je program.

5S - Akhirnya Dianugerahkan

Salam semua...
Hari nie, saat dan orang yang ditunggu-tunggu tiba jua.  Pra audit untuk program 5S telah dijalankan pada hari ini oleh wakil dari MPC (Malaysia Productivity Coporation) untuk memastikan sama ada Kolej layak atau tidak untuk dianugerahkan Sijil Amalan Berkualiti 5S.
Ramai yang berdebar-debar menantikan saat ini, ramai yang tidak cukup tidur, stress dan ada yang sampai demam memikirkan tentang 5S.  Sana sini semua bercakap tentang 5S.  Pelajar pun sering diingatkan tentang 5S.  Selepas menjalankan pengauditan maka satu taklimat tentang dapatan dan keputusan pengauditan telah dijalankan pukul 3.00 petang tadi oleh Encik Hisyam dari MPC.  Menurut En Hisyam, kolej perlu mendapat markah melebihi 70% untuk mendapat Sijil Amalan Berkualiti 5S. Alhamdulillah diumumkan Kolej Vokasional Seri Manjung mendapat 84% markah dan telah layak dianugerahkan sijil 5S dalam masa 3 bulan dari tarikh mula diarahkan.  Berbaloi penat lelah dengan gotong royong yang telah dijalankan bersama-sama pelajar.
Setelah selesai keputusan, TPA, Ustaz Mohd Lotpi memberi kebenaran semua guru dan kakitangan balik awal iaitu pukul 3.30 petang sebagai meraikan anugerah tersebut.  Memang semangat pasukan KVSM sangat kuat dan utuh. Tahniah....

Wednesday, April 11, 2012

Gempa Bumi Melanda

Salam semua...
Hari nie kan cuti... jadi lepak-lepak sambil berfb dan tengok tv... tue dia 2 in 1.  Sambil-sambil tue chatting dengan Din, tengah rancak berchatting tetiba rasa macam kepala berpusing. Masa tue lebih kurang pukul 4.40 pm kot.  Terus kata eh... tekanan darah naik ke?  Tengok lampu nampak bergoyang-goyang, cuba tengok gambar kat bawah nie, masa nie lampu nie terbuai-buai dan bergoyang.  Terus teringat semasa kejadian tsunami di Acheh tahun 2004 dulu perasaan macam nie la dirasa.  Nie bukan la nak tunjuk gambar lampu tapi masa ambil gambar nie memang tengah bergoyang-goyang lampu tue.
Pusat gegaran gempa adalah di 495km barat daya Acheh.  Amaran tsunami telah dikeluarkan bagi Lautan Hindi bila gempa berukuran 8.9 magnitude melanda utara Acheh. Moga tsunami tidak berlaku seperti yang pernah berlaku di Acheh tahun 2004 dahulu.  Amin...
Semua ini sebagai peringatan kepada kita dariNYA...  Semoga kita tidak lupa kepadaNYA...

Tuesday, April 10, 2012

Cuti Sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong

Salam semua...
Esok Rabu, 11 April 2012 adalah cuti umum di Malaysia sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14  Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari Kedah.
Daulat Tuanku!

Ceramah Tentang Penjagaan Gigi

Salam semua...
Pagi tadi ditugaskan untuk jadi MC bagi Ceramah Tentang Penjagaan Kesihatan Gigi Bagi Pelajar Sekolah. Ceramah disampaikan kepada pelajar Kolej dan pelajar tingkatan lima tidak terlibat.  Majlis bermula lewat 10 minit kerana doktor gigi yang akan menyampaikan ceramah tersebut terlewat akibat masalah pengangkutan.
 Bila sampai semua pelajar telah pun bersedia dan majlis terus bermula tanpa membuang masa.
Ceramah disampaikan oleh Dr Ting Diew Leong dari Klinik Pergigian Seri Manjung.  Muda lagi doktor yang memberi ceramah.

Semasa sesi soal jawab tiada soalan yang dikemukakan tapi bila selesai je majlis ramai pula pelajar yang berjumpa doktor tentang masalah gigi mereka.  Rupanya ramai segan untuk bertanya di hadapan ramai kawan-kawan.
Sempat pulak minta diambil gambar mereka.  Jadi ambil je dan kata lepas ambil nie saya delete ye. Hehehe....  jadi letak sini la gambar dia orang.

Monday, April 09, 2012

Berita Kepada Kawan - Ebiet G Ade

Salam semua...
Perjalanan ini
Terasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk
Disampingku kawan

Banyak cerita
Yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan
Ho ho ho ho
Ho ho ho ho

Tubuhku terguncang
Dihempas batu jalanan
Hati tergetar menampak
kering rerumputan

Perjalanan ini pun
Seperti jadi saksi
Gembala kecil
Menangis sedih …
Ohhh...

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika ia kutanya mengapa
Bapak ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut
Kukabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak
Kepada matahari

Tetapi semua diam
Tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri
Terpaku menatap langit

Barangkali di sana
ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang
Ho ho ho ho
Ho ho ho ho

Sepetang Bersama Cikgu Koshim

Salam semua...
Teruja bila jumpa kembali dengan cikgu yang banyak berjasa kepada para pelajarnya.  Cikgu Khosim Lebai Ahmad mengajar Sejarah semasa di tingkatan 1 hingga 3.  Baru-baru nie sahaja, kawan-kawan dapat menjejaki di mana Cikgu Kassim (masa sekolah dulu semua ingat nama cikgu, Cikgu Kassim, sekarang baru tau rupa-rupanya Khosim Bin Lebai Ahmad, patut tak jumpa di Fb).  Maka satu pertemuan diaturkan sebab kebetulan cikgu hendak melawat anaknya di Bukit Merah.
Cikgu Khosim dan isteri bersama 3 dari 6 orang anaknya.  Masa kami di tingkatan 1, cikgu baru je posting.  Jadi batch saya dan junior yang agak rapat dengan cikgu-cikgu ketika itu menjadikan kenangan bersama cikgu-cikgu sangat istimewa.  Kebetulan Sekolah All Saints' jumlah pelajar dan guru sedikit sahaja.
Masih lagi teringat cara cikgu mengajar Sejarah dahulu.  Cikgu masih muda ketika itu, iye la baru postingkan dan seluar fesyen bell bottom menjadi trade mark Cikgu Koshim.  Ketawa mengingatkan semua itu.
Mahizan pun turut hadir dan gembira dapat berjumpa kembali dengan cikgu dan rakan-rakan.
Antara yang hadir ada yang datang dari KL, Perlis, Penang, Manjung (hahaha.... nak sebut jugak tue) dan sekitar Taiping semata-mata untuk berjumpa dengan cikgu dan rakan-rakan.
Lebih istimewa ada yang datang berkerusi roda dan bertongkat.(Syed kebetulan retak atau terseliuh kakinya jadi terpaksa bertongkat, sori Syed....).  jadi memang respek dengan kawan-kawan yang datang dari jauh dan dekat untuk menjayakan majlis pertemuan yang simple ini.
Cikgu sentiasa menjadi perhatian dan kenangan dahulu diceritakan kembali.  Semua nak bergambar dengan cikgu.
Moga ini bukanlah pertemuan terakhir dan ada lagi pertemuan-pertemuan lain yang akan menyusul yang dapat mengembalikan kenangan dan ikatan persahabatan lama.  Berharap moga rakan-rakan akan hadir untuk reunion raya di hari ketiga Aidil Fitri.  Insyaallah..

Saturday, April 07, 2012

Cendol Ansari, Taiping

Salam semua...
Pagi tadi balik ke Taiping sekejap kerana ada mesyuarat tentang reunion kawan-kawan All Saints' yang akan diadakan di hari ketiga raya Aidil Fitri.  Nie merupakan reunion kali ketiga dianjurkan.  Selain itu, istimewanya  hari ini sebab bertemu kembali dengan cikgu Koshim, guru sejarah yang kali terakhir berjumpa semasa di penghujung tingkatan 3.  Lama tue. Nie cerita kemudian la.
Ok sekarang nak tunjuk gambar cendol di gerai Ansari, Taiping. Singgah sekejap untuk makan cendol. Tengok gambar bawah.... wah memang terbaek la....  Memang dari Manjung lagi dah cadang nak makan cendol nie.  Ada dua cendol yang famous di Taiping, satu di Ansari nie dan satu lagi Bismillah.  Bagi saya rasanya lebih kurang sama je, dua-dua sedap hehehe.....  Tapi ada yang kata Ansari lagi sedap dan ada yang kata sebaliknya.  Ikut selera masing-masing la kan.

Jumpa Seorang Lagi Sahabat

Salam semua...
Baca status Rahman di Fb bahawa dia OTW ke Manjung pada hari Selasa jadi keesokkan harinya talipon dia untuk bertanya tentang status dia.  Rupanya dia bawa pasukan takraw Pahang untuk satu kejohanan yang dilangsungkan di Manjung.  Terus janji untuk berjumpa pada hari Khamis untuk makan malam.
Lamanya tak jumpa Rahman, kali terakhir semasa hari konvokesyen.  Dah berapa tahun tue, dekat 19 tahun.  Seperti biasa sembang-sembang tentang kehidupan dan pengalaman kerja dan tak lepas cerita tentang rakan-rakan.  Kalau dapat anjur reunion menyatukan rakan-rakan semasa belajar di UUM mesti meriah,  Hrmmm boleh ke?

Friday, April 06, 2012

Salam semua...
Di pagi Jumaat yang tenang dan berbahagia ini, mari kita sama-sama renungkan mutiara kata di bawah ini sebagai pengajaran dan peringatan untuk kita semua.  Kata-kata nie dipetik dari Fb je seperti biasa.

Ketika kita mengeluh : “ Ah, tak mungkin kot... ”... اَللّÙ‡ُ menjawab : “ Jika AKU menghendaki, cukup Ku berkata “Jadi”, maka jadilah "

Ketika kita mengeluh : “ Beratnya dugaan ni, x sanggup aku ... ”.... اَللّÙ‡ menjawab : “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ”

Ketika kita mengeluh : “ serabutnya ... ”.... اَللّÙ‡ُ menjawab : “ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ”
 
Ketika kita mengeluh : “ aku sedih sangat... ”...... اَللّÙ‡ُ menjawab : “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersama dengan kita !

Tuesday, April 03, 2012

Universal Studio Singapore (USS)

Salam semua...
Kali nie nak sambung balik cerita cuti-cuti di Singapore awal Mac yang lalu.  Kalau tak diletakkan di sini, maka habis begitu saja la kenangan percutian sama seperti sebelum nie.  Tapi tue la nak duduk bercerita di depan komputer dan pilih gambar-gambar kadang-kadang ambil masa yang panjang jugak.  Jadi elok la banyak tunjuk gambar je.  Ramai yang dah sampai di sini, walau bagaimanapun keterujaan bila sampai di USS nie terasa seperti kembali di zaman kanak-kanak.
Tiket masuk beli secara online guna kad kredit Maybank sebab masa tue ada promosi tak sure masih ada lagi atau tak.
USS mula dibuka pada pukul 10.00 pagi bila sampai dalam pukul 9.30 pagi dah ramai yang beratur di depan pintu masuk dan semuanya tak sabar-sabar menunggu masanya.

Terus ke Madagascar.
Dari Madagascar ke Hollywood untuk melihat Light, Camera, Action yang menerangkan sedikit sebanyak tentang cara-cara pembikinan filem dari segi special effect yang digunakan dengan hari hujan dan ribut petirnya dan sebagainya.

Lepas tue ke Sci-Fi City dan naik Transformers The Ride: The Ultimate 3D Battle.  Best la, hilang penat menunggu dan beratur bila dapat naik ride.  
Ancient Egypt.
The Lost World

Far Far Away.


Persembahan di Water World

Tasik di tengah-tengah USS
Selepas menonton persembahan muzikal Monster Rock di Hollywood sempat menonton persembahan Daddy O's.
Sebelum keluar singgah di kedai souvenior USS dan cuma beli fridge magnet seperti biasa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??