Monday, January 30, 2012

Cepat Buat Kerja

Salam semua...
Selepas seminggu cuti sempena CNY, hari nie mula balik kerja.  Wah... malasnya nak pergi kerja, nak start balik engine lepas stop seminggu, kena la panaskan engine dulukan...  Nie dah pukul 11.50 am nasib baik engine dah panas dan berjalan seperti biasa cuma tekak je sakit sikit.  Jadi masuk kelas tadi cakap pelan-pelan je.
Pssstt... hujung minggu nie cuti empat hari sempena Maulidur Rasul dan Thaipusam pulak... Yaahhoooo...

Saturday, January 28, 2012

Padang Besar - Bandar Sempadan

Salam semua...
Masa di Perlis berkesempatan ke Padang Besar yang juga dikenali dengan nama Bandar Sempadan.  Lama jugak tak ke sana dalam dua tahun lebih.  Tapi jalan dan flyover yang dalam binaan di pekan Padang Besar masih belum siap lagi.  Hai... lama betul projek nie tak siap-siap lagi, apa la masalahnya ye hrmmm....????
Bila sampai je terus cari gerai Mak Teh Pulut Ayam.  Cari-cari tak jumpa, rupanya gerai lama telah diruntuhkan dan diganti dengan gerai baru ke belakang sikit dari kedudukan asal.  Tapi gerai tue tutup pulak, tak de rezeki nak makan pulut ayam di situ.  Nadrah, Najwa dan Nabilah yang ikut sekali pun frust jugak.
Jadi cari la gerai lain yang jual pulut ayam tapi tak berapa best la sebab bawang goreng tue bukan dibuat sendiri tapi yang dibeli jadi digoreng dengan tepung kan untuk bagi rangup, jadi kurang umphh... pulut ayam nie.  Sib baik pulut yang dihidangkan tengah panas-panas lagi jadi bole la..

Selesai makan terus jalan-jalan jamu mata dengan barang-barang yang dijual.  Kalau dulu masa ke pasar bulat nie barang kemas tiruan dan brooch merata-rata dijual tapi kali nie masih ada tapi tak sebanyak dulu.
Di tengah pasar bulat ada macam-macam jualan.  Lupa nak ambil gambar kedai kain baju dan beg yang banyak terdapat di sini.  Macam-macam fesyen dan boleh tahan jugak designnya kalau yang berkenan.
Periuk belanga, mangkuk tingkat, kuali dan macam-macam jenis barangan rumah dijual di sini.  Murah sikit dari Manjung.
Macam-macam snek dijual gajus, kacang pistachio, asam, keropok, dan sebagainya.  Pes tomyam, sos cili Thai dan lain-lain pun ada.
Buah-buahan pun ada tapi masa nie tak banyak buah dijual seperti selalu.  Cari-cari ciku tapi tak de.
Ikan bilis pun ada tapi jenis yang besar tak de ikan bilis macam yang dijual di Manjung nie.  Bukan nak beli saja tengok-tengok harga.
Barangan kecantikan pun ada, sabun, krim, bedak dan macam-macam la.  Buatan mana tak pasti pulak.
Pusing-pusing di pasar bulat nie kemudian ke pasar untuk cari pulut susu dan cuma ke beberapa kedai sempat tengok-tengok je la, nak beli tak berkenan pulak.

Wednesday, January 25, 2012

Menuju Utara

Salam semua....
Wah best rasanya bercuti selama seminggu sempena CNY.  Lega bila tak perlu pergi kerja dan balik pukul 5.00 petang.  Tapi yang tak bestnya bila kena ganti balik hari-hari cuti nie di Sabtu nanti.... Huuwaaa...  kalau tak payah gantikan best.
Jadi untuk cuti nie, memula duk rumah je.  Hari Selasa semalam baru ke utara destinasi utama Perlis Indera Kayangan.  Mula-mula singgah di rumah Kijam di Sungai Petani.  Rehat kejap dan sembang-sembang, nie baru kali ke dua sampai di sini.  Sampai pun dah dekat waktu makan tengahari jadi dihidangkan la nasi, wah memang langkah kanan betul.  Siap ada ikan bakar dengan air asam.
Lepas makan nasi, singgah kejap je di rumah Asiah Ahmat (rakan setugas yang mulai tahun ini dah berpindah mengikut suami ke sini) yang kebetulan berhampiran rumah Kijam untuk tengok baby baru dia Qalesya.   Qalesya masa nie tengah tidur jadi tengok kejap je.
Terus ke Kangar, Perlis rumah Abang Nan tujuan utama untuk menziarah Kak Bedah yang menjalani operation pada 17 Januari yang lalu. Petang baru ke hsopital untuk melawat.
Teringat dua tahun lepas ke hospital ini juga bila abah sakit.  Banyak jugak perubahan sekarang.  Ok ada masa nanti sambung lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??