Sunday, July 31, 2011

127 - Jamuan Sop Aqiqah

Salam semua...
Nie sebenarnya peristiwa hari Jumaat baru nie 29 Julai 2011.  Seperti biasa bila akan diadakan majlis anugerah sekolah maka akan diadakan sekali majlis aqiqah dan dagingnya akan dimasak untuk jamuan selepas majlis anugerah.  Aqiqah nie disertai oleh guru dan kaki tangan sekolah selain PIBG pun turut serta.  Sebelah malamnya tulang-tulang lembu yang diaqiqah tue akan dibuat sop dan di makan beramai-ramai.

Tahun nie 4 periuk sop tulang telah dimasak untuk dijamu beramai-ramai.  3 stesen untuk menghidang sop disediakan untuk guru, pelajar lelaki dan pelajar perempuan.
 Gambar-gambar nie adalah gambar  pelajar  yang membantu dalam menghidang sop kepada guru-guru dan pelajar.  Semuanya rajin-rajin belaka dan boleh diharap.  Dan masing-masing mahu gambar mereka diambil.
 
 Periuk sop diangkat beramai-ramai ke stesen menghidang untuk guru-guru di bawah khemah.  Pelajar lelaki di dewan makan lelaki dan pelajar perempuan di depan pavilion asrama.
 Guru-guru dan kaki tangan ramai yang datang bersama-sama dengan keluarga untuk meraikan jamuan sop ini.   Di bawah nie Amsyar, anak Cikgu Marini yang suka sangat dengan sop.
 Bila dia tau nak ambil gambar terus dia senyum...

126 - Selamat Datang Ramadhan

Salam semua...
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak, mohon ampun dan maaf atas segala kesalahan.  Semoga mendapat keberkatan dan keampunan dari Allah swt.
Ahlan Ya Ramadhan Kareem.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??