Thursday, June 30, 2011

110 - Cool Ice Crystal

Salam semua...
 Nie kedai yang baru dibuka di Taiping Sentral.  Baru la kot sebab dah lama pun tak pegi sana, bila balik Taiping sesekali je pegi ke sana. Bila balik Taiping minggu lepas dan nampak kedai nie terus singgah.  Nak kata ais krim bukan tapi Ice Cool Crystal nie macam ketulan ais berperisa yang disagat dengan sangat nipis sebab tue nampak macam berlapis-lapis dan diletakkan buah-buahan ikut perisa yang diorder.
 Nie perisa mangga dengan hirisan buah mangga.  Sedap...
 Perisa strawberi, sedap jugak...
 Coklat, tak berapa best la...
Nampak tak lapisan ais. Ais tue halus je rasanya dan yang berperisa buah-buahan memang sedap
 Cuba satu air di situ tapi lupa nama apa.  Tapi rasanya ada soda dalam air nie.
Kalau nak letak topping pun boleh. Nie antara topping yang boleh diletak bersama dengan ais tadi.  Ada charge tambahan ye...

109 - Rak Untuk Koleksi Beg Kertas

Salam semua
Hari Khamis minggu lepas ke SM Vokasional Taiping untuk satu mesyuarat.  Selepas taklimat maka kami pergi ke tempat yang ditetapkan untuk mesyuarat mata pelajaran masing-masing.  Kumpulan saya ditempatkan di Pusat Sumber sekolah .   Di situ tertarik dengan koleksi beg kertas yang terletak di satu sudut Pusat Sumber tersebut.   Tapi koleksi tue tak de la beg-beg kertas shopping dari pusat-pusat membeli-belah atau beg kertas barangan jenama-jenama tertentuKalaulah termasuk sekali sure koleksi tue dah banyak sangat.  Beg-beg yang ada dalam koleksi seperti di dalam gambar di bawah adalah beg dari sekolah-sekolah dan pusat pendidikan yang pernah berkunjung ke  sekolah tersebutSatu idea yang baik jadi kalau sesiapa yang mengumpul beg-beg kertas lepas nie boleh la ambik idea nie untuk mempamerkan koleksi anda.

Wednesday, June 29, 2011

108 - Lagi???

Salam semua...
Nampaknya dapat satu lagi berita yang tak disangka hari ini.  Kalau yang tak disangka tue best, happening okay la kan.  Tapi bila perkara nie masih tidak ada dalam kepala otak, jadi sedikit sebanyak menyebabkan hati terdetik dan tertanya-tanya apa lagi selepas ini.  Mulai sekarang kena belajar untuk terima hakikat dan kenyataan hidup.  Take care...


Tuesday, June 28, 2011

107 - Majlis Bersama YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan Dengan Warga Pendidik Daerah Manjung

Salam semua...
Tadi ditugaskan untuk menghadiri program bersama Menteri Besar Perak yang berlangsung di Dewan Tan Sri Ramli Ngah Talib, Marina Island Resort.  Sekolah diminta menghantar 30 orang guru untuk majlis nie.  Iye la orang kata nak dekat-dekat pilihanraya dan dengan macam-macam perkara yang berlaku sekarang, majlis nie pun diadakan konon untuk mengeratkan hubungan antara guru dan pihak pentadbiran negeri dan persekutuan.  Selain itu ia juga untuk menjelaskan hala tuju pendidikan bagi memastikan slogan 'Perak Sentiasa Di Puncak Kecemerlangan' menjadi realiti... Itu sikit sebanyak latar belakang program dari brosur yang diedarkan.
Saya duduk di meja 71 yang boleh menempatkan 10 orang guru.  Ada berapa meja tak pasti pulak, sebab di belakang meja nie ada banyak lagi meja.
Nie la makanan yang dihidangkan kepada kami karipap, sandwich, mee goreng dan buah tembikai.

Gambar nie sebelum majlis bermula.  Pukul 2.30 boleh dikatakan dewan sudah hampir penuh dan baca dari brosur program akan bermula pukul 3.30. Alamak lambat lagi kena tunggu satu jam lagi.
Selepas MB sampai majlis dimulakan dengan nyanyian biasa la lagu Negaraku, Negeri Perak, Perak Sentiasa Di Puncak Kecemerlangan dan 1 Malaysia.  Selepas tue ada persembahan tarian dari sekolah-sekolah.  Tapi tak ambik gambar pun masa nie.  Gambar di atas nie bila PPD daerah Manjung bagi ucapan dan dia mulakan dengan memperkenalkan warga PPD Manjung kepada guru-guru. 
Selepas ucapan PPD Manjung ucapan diteruskan dari Pengarah Pelajaran Negeri Perak.  Yang gambar atas nie bila Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, YAB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir memulakan ucapannya.  Mula-mula dia minta maaf sebab dia tiba awal 15 minit. Patut program start 3.30 tapi dia sampai 3.15 pm.  Alhamdulillah la kan boleh la program bermula awal.  Selalu kalau ada apa-apa program lama nak tunggu.
Lepas selesai majlis baru la ke depan untuk ambik gambar MB. Hehehe... over tau bila minta untuk ambik gambar bersama.  Dia pun ok je layan cikgu-cikgu yang nak ambik gambar sama dengan dia.
Diana dan Norma yang mula-mula segan pun ikut sekali ambik gambar.  Siap pesan lagi jangan lupa malam nie letak kat Fb. :-)

Monday, June 27, 2011

106 - Makan Sop di Medan Selera Wakaf Taiping

Salam semua...
Bila balik ke Taiping dan adik-adik saya pun ada, upacara jalan-jalan cari makan menjadi acara wajib.  Breakfast di pagi Sabtu tue kami makan sop di Medan Wakaf di Bandar Taiping.  Pagi tue ada pasar tani di situ jadi orang ramai jugak.  Kali nie tak tau kenapa servis agak lambat dan pekerja kedai sop nie pun macam tak cukup kaki tangan je. 
Nie sop kuey teow daging campur special.  Bila kata daging campur maksudnya ada daging, tulang, perut dan lain-lain.
Yang nie sop bihun daging campur special, bila tanya apa beza special ngan biasa?  Dia kata daging atau isi lebih banyak dari biasa.  Tapi hari nie yang banyak tulang je, daging sikit je... Hisshhh..
Yang nie sop daging campur special.
Last sekali nie gambar sop daging campur biasa,  Mangkuk tue kecik sikit.  Selalu bila makan sop di sini, sop dia memang koww.. dan best sangat.  Tapi hari nie rasa dia kurang sikit la tak tau kenapa...  tak pe lain kali cuba lagi.  Hehehe...

Friday, June 24, 2011

105 - Balik Kampung Lagi

Salam semua...
Hari nie Jumaat dan minggu nie je hari Sabtu tak de aktiviti, mulai minggu depan boleh dikatakan ada je aktiviti setiap Sabtu dan perlu ke sekolah dan bertugas.  So apa lagi minggu nie jom balik kampung lagi..
Photobucket

104 - Macam Mana Ye?

Salam semua...
Kadang-kadang kita diberi tugas tambahan yang mungkin akan membebankan.  Memang kita tak suka dengan kerja-kerja nie sebab kerja sedia ada pun dah cukup banyak dan menekan hidup.  Tapi bila dah diberi tugas tue lakukan la sebaik mungkin.  Ini dah jadi satu tanggungjawab dan kita membawa imej jabatan selain diri sendiri (of course la kan...).  Kecewa pun ada bila tengok kerja dibuat cincai, janji ada saja, macam tak ikhlas.  Tapi tue la sapa la kita untuk mengatakan kerja orang tue ikhlas ke tak. Tambahan sapa la kita nie yang nak menegur orang, nanti orang kata berlagak dan nak tunjuk pandai pulak.  Lagi pun kita baru je bekerja bersama-sama dan tak kenal pun. Sedangkan terang-terang benda tue salah dan ilmu kita yang ada sikit tue pun tau benda tue salah.  Apa nak buat ye kalau cam nie?


Wednesday, June 22, 2011

103 - Jangan Menyerah By D'Masiv

Salam semua...
Lagu nie adalah OST untuk drama sinetron Amanah Dalam Cinta yang sedang ditayangkan di TV3.  Sebenarnya tak pernah tengok pun sinetron nie.  Tapi lagu nie selalu dengar berkumandang di bilik guru selepas habis berita pukul 1.30 pm sementara tunggu pukul 2.35 waktu balik. Sampai rumah sebelum bermula cerita Marimar pun dengar sekali lagi lagu nie tanda habis la sinetron tadi,  Lama-lama dengar best pulak lagu nie dengan liriknya yang penuh erti.  Mula dengan "tak ada manusia, yang terlahir sempurna..... Syukuri apa yang ada, hidup adalah anugerah...." 

tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
kita pasti pernah
dapatkan cobaan yang berat
seakan hidup ini
tak ada artinya lagi
reff1:
syukuri apa yang ada
hidup adalah anugerah
tetap jalani hidup ini
melakukan yang terbaik

tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi
repeat reff1
reff2:
Tuhan pasti kan menunjukkan
kebesaran dan kuasaNya
bagi hambaNya yang sabar
dan tak kenal putus asa
repeat reff1
repeat reff2

Tuesday, June 21, 2011

102 - Always Remember To Forget

Salam semua...
Always remember to forget
The things that made you sad.
But never forget to remember
The things that made you glad.

Always remember to forget
The friends that proved untrue.
But never forget to remember
Those that have stuck by you.

Always remember to forget
The troubles that passed away.
But never forget to remember
The blessings that come each day.

By Georgy
 

Monday, June 20, 2011

101 - Tarian Barong Dan Keris, Bali

Salam semua...
Ok hari nie nak cerita tentang satu tarian yang sempat ditonton semasa di Bali.  Semasa di sana sempat menyaksikan Tarian Barong dan Keris di Batubulan, Gianyar dan satu lagi Tarian Kecak dan Api di Uluwatu.
Kali nie nak cerita tentang Tarian Barong dan Keris.  Tarian nie  menggambarkan pertarungan antara Kebaikan melawan Kejahatan.  Barong mewakili makhluk yang menggambarkan Kebaikan dan Rangda pulak mewakili Kebatilan atau kejahatan.  Pertunjukan nie menggunakan bahasa Bali dan  disediakan sinopsis cerita jadi boleh la faham sikit-sikit jalan ceritanya.
Gambar atas nie la Barong.  Barong adalah satu karektor dalam mitos orang-orang Bali dan ia merupakan raja bagi roh-roh dan melambangkan kebaikan. Ia juga merupakan musuh kepada Rangda.
Nie antara adengan dalam tarian Barong.  Ada lima babak semua sekali.

Dalam gambar di atas, yang tengah dengan kuku panjang tue la Rangda yang mewakili kejahatan.

Di akhir tarian ada tarian keris seperti di atas, penari mencucuk keris di dada masing-masing tanpa ada kesan luka dan calar.
Nampak tak lelaki berbaju putih tue, masa menari tarian keris nie, penari seperti berada di dalam keadaan yang tidak sedar orang kata naik sheh jadi lelaki tua tue atau orang suci akan memulihkan kembali penari yang tidak sedar tadi dengan merenjis-renjis air kepada para penari.

Nie pulak gambar penari-penari dalam Tarian Barong dan Keris selepas selesai pertunjukan.

Sunday, June 19, 2011

100 - Header Baru

Salam semua...
Sempena posting yang ke 100, maka saja-saja nak letak header baru untuk blog nie... Weekend baru nie masa kat Taiping sebab tak de keje saja-saja cuba buat satu header yang simple.  Ok la kan sebab saya bukan la pandai sangat tentang grafik dsb.. Nie kira ok la, gambar tue cari kat google je pas tue edit sana sini sikit main hentam je la labu...
Ada tambahan lagi blog nie start dengan entry pertama pada 20 Mac 2011 dan hari nie 19 Jun 2011 jadi genap la 3 bulan blog nie bersiaran... Kira ok la kan dalam 3 bulan ada 100 entry walau pun entah apa-apa je hehehe....

Coretan Ke-99 - Selamat Hari Bapa

Salam semua...
Beruntunglah mereka yang masih mempunyai ibu dan bapa...  Ini ada lah tahun kedua meraikan hari bapa tanpa abah.  Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan sedih dan pilu bila mengingatkan hari ibu bulan lepas dan hari bapa, hari ini disambut dengan ketiadaan keduanya.  Hanya doa yang dapat dipanjatkan agar keduanya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.  
Sementara mereka masih ada tunjukkan lah kasih sayang kita kepada mereka, gembirakan hati mereka, jangan lupa bertanyakan khabar mereka. Walaupun sudah ada keluarga sendiri jangan lupakan ibu dan bapa kita. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka berdua. AMIN....
Al Fatihah untuk Abah dan Emak.

Friday, June 17, 2011

Coretan Ke-98 - Sunset di Uluwatu

Salam semua...
Semalam sibuk sikit jadi tak sempat nak tulis apa-apa di sini. Jadi kali nie nak tunjuk gambar je. Nie gambar semasa menonton tarian Kecak dan Api di Uluwatu.  Tapi bukan nak tunjuk tarian tue tapi gambar matahari.  Kami sampai di sini lebih kurang pukul 5.00 petang kerana menurut Kadek dalam pukul 5.30 petang tempat menonton dah penuh dan untuk mendapat the best seat kena datang awal.  Best seat nie maksudnya betul-betul duduk menghadap matahari yang akan terbenam dan di atas sekali supaya dapat melihat tarian tue secara keseluruhan.
 Sementara nak menunggu show bermula tahan je la dengan panas matahari petang.  Matahari dah mula turun.
  
Masa nie terfikir kalau ada kamera DSLR dan pandai pulak mengambil gambar sure gambar cantik.  Tapi sebab kamera biasa je, jadi lah....  Memang ramai yang membawa kamera yang canggih-canggih masa nie.
 

 Tinggal sikit je lagi.
 Masa nie matahari dah terbenam sepenuhnya,
Bila dah publish kena edit balik  sebab dapat sms dari adik kata tajuk post salah, sepatutnya Uluwatu bukan Tanah Lot.  Bila baca sms tue baru perasan kesilapan. Terima kasih ye sebab bagi tau kesalahan tersebut.

Wednesday, June 15, 2011

Coretan Ke-97 - Kisah Percutian

Salam semua...
Alhamdulillah gambar-gambar masa bercuti yang bermasalah hari tue dah dapat diselesaikan dan gambar-gambar tersebut dah pun dapat dilihat semula.  Jadi sekarang mula upload gambar-gambar di FB.  Dekat blog nie mungkin bole la citer sikit-sikit.  Ok.. gambar bawah nie adalah pulau Bali bila dilihat di luar tingkap. Gambar tak la cantik sangat sebab kameranya biasa je (bila la boleh beli kamera DSLR... hrmmm..)  Kalau tak salah belah kiri tue pulau Jawa dan kanan tue pulau Bali.  Untuk ke Pulau Jawa dari Bali ada disediakan perkhidmatan feri yang bole dinaiki di Gilimanuk hingga ke Banyuwangi, Ketapang di Jawa Timur. Feri nie berjalan setiap 20 minit. Perjalanan memakan masa setengah jam sahaja.  Tak jauh rupanya antara Jawa dan Bali.  Perkhidmatan bas pun ada disediakan dari Denpasar ke Jakarta menurut Pak Wayan, supir kami semasa di Bali.
 Kami mendarat di Bandara Ngurah Rai, Denpasar. Bandara nie singkatan dari bandar udara atau airport. Airportnya pun terletak tepi laut, cuba tengok gambar di bawah nie..  Nie masa nak landing... bole on ke kamera??  Hehehe tak kira ambik je la lagi pun masa nie pramugara dan pramugari tak de.

 Percutian kali nie kami pergi berlima iaitu adik sebagai ketua rombongan disertai dengan dua kakak, seorang anak sedara dan saya sendiri.  Kerana berlima jadi ke mana-mana kami menyewa Suzuki Arena bersama dengan supir.  Antara tempat yang kunjungi pada hari kedua adalah Kintamani di mana kami makan tengahari di sini sambil menikmati pemandangan gunung dan tasik Batur.

Hari ketiga pulak kami ke Tanah Lot yang terletak di Tabanan lebih kurang 20 km dari Denpasar.  Tanah Lot merupakan tebing tinggi menganjur ke laut di pulau Bali. Di atasnya telah dibina kuil agama Hindu.  PuraTanah Lot dikatakan dibina oleh sami abad ke-15 bernama Nirartha. Semasa dia mengembara sepanjang pantai selatan dia melihat batuan tinggi yang menarik dan berehat di sana. Nelayan-nelayan ada yang memberi hadiah-hadiah kepadanya. Nirartha memberitahu para nelayan untuk membina sebuah makam, satu tempat suci untuk mengagungkan Tuhan laut Bali.  Info nie dapat dari Wikipedia. Gambar bawah nie adalah Pura Batu Balong, salah satu kuil yang terdapat di Tanah Lot.  Pura Tanah Lot masa pergi tue ramai sangat orang jadi tak dapat ambik gambar yang menarik.  Kami sampai di sini pagi dalam pukul 9.30 pagi jadi air tengah pasang, dapat la lihat ombak menghempas batu-batu dan tebing tinggi. 
Dari Tanah Lot kami ke tanah tinggi Bedugul di daerah Tabanan di mana terdapatnya Pura Ulun Danu Bratan yang terletak di tasik Bratan.  Tempat nie terletak di kawasan tanah tinggi iaitu lebih kurang 1500 meter di atas paras laut, bila berada di sini udara sejuk dan sangat selesa.  Semasa sampai di sini, mereka sedang menyambut perayaan meraikan pura tersebut.  Pura ini dikatakan dibina pada tahun 1634 dan ada yang mengatakan ia dibina lebih awal dari tarikh tersebut.
Ulun Danu ini sebenarnya merupakan sebuah bangunan suci orang Hindu yang dibangunkan untuk memuja Dewi Danu, “Danu” dari bahasa tempatan Bali bermaksud Danau dalam bahasa Indonesia atau di sini kita sebut tasik. Sedangkan “Bratan” adalah nama tasik yang terletak di tanah tinggi Bedugul ini.
Ok cukup la dulu.  Banyak lagi tempat-tempat yang dikunjungi, nanti-nanti la cerita bila ada masa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??