Saturday, April 30, 2011

Coretan Ke-41 - Selesai Satu Tugasan

Salam semua...
Tidak dapat digambarkan perasan lega dan gembira bila selesai satu lagi tugasan yang rasanya agak besar dan mencabar.  Hari nie Panitia Sejarah sekolah menganjurkan Konvensyen Sejarah untuk guru-guru sejarah SMT/V Zon Perak yang berlangsung di Virgo Batik Resort, Teluk Batik.  Majlis berlangsung dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang tadi.

Ini adalah kali pertama kami menganjurkan konvensyen sejarah tanpa sebarang panduan.  Jadi bertanya di sana sini untuk mendapatkan bantuan dan pendapat.  Alhamdulillah rakan-rakan ramai yang turut serta membantu dan menjayakannya.  Mungkin tanpa bantuan mereka majlis ini tidak dapat berjalan dengan lancar.

Di pertengahan Mac baru kami tahu tentang penganjuran konvensyen ini yang perlu dilangsungkan pada  awal  bulan April sedangkan pada masa itu sekolah sibuk dengan KAT.  Jadi terpaksa ditangguhkan ke akhir April setelah selesai KAT tapi tidak boleh melangkaui bulan Mei  kerana Guru Kanan telah bersara ketika itu.  Jadi hari ini dipilih walaupun ramai yang membangkang kerana Isnin cuti Hari Pekerja.

Banyak jugak cabaran menganjurkan konvensyen ini dengan bajet yang terhad dan beberapa pengorbanan terpaksa dilakukan.  Yang saspennya bila pagi tadi dapat fon call dari penceramah ingatkan dia tidak dapat hadir, rupanya dia tidak dapat mencetak satu bahan edaran kerana masalah printer.  Masalah selesai dengan kecanggihan teknologi sekarang bila bahan tersebut di email dan diperbanyakkan di sini. 

Friday, April 29, 2011

Coretan Ke-40 - The Royal Wedding

Salam semua...
Hari nie semua orang memperkatakan tentang perkahwinan di antara Prince William dengan Catherine Middleton yang baru sahaja berlangsung.  Bak orang Melayu kata sama cantik sama padan.  Cuma Prince William je yang nampak semakin tua kerana rambutnya dah mula berkurangan walaupun kedua-duanya baru berumur 28 tahun.  Tapi adiknya Prince Harry semakin dewasa nie semakin handsome pulak... Jom tengok gambar-gambar yang diambil di Yahoo.
Semua orang memperkatakan tentang baju yang dipakai oleh Catherine Middleton yang direka oleh Sarah Burton at Alexander McQueen. Prince William pula memakai uniform Royal Guard of Scotland berwarna merah.
Baca di mana-mana pun semua memuji gaun yang dipakai oleh Kate.
Di bawah nie gambar Kate bersama bapanya

Coretan Ke-39 - Halangan

               

Salam semua...
Hari nie hujan dan semasa balik dari sekolah pun masih lagi hujan.  Jadi tergesa-gesa ke kereta kerana ada urusan lain yang perlu diselesaikan.  Hari nie kan Jumaat jadi dalam pukul 12.30 tengahari urusan pejabat sudah ditutup untuk solat Jumaat.  Tapi alangkah hampanya bila melihat ada kereta menghalang laluan untuk keluar dari tempat parkir.
Saya tidak kisah jika ada yang meletak kereta di laluan tersebut tapi pastikanlah cepat kerana orang pun ada urusan lain.  Nie terpaksa menunggu dan melambatkan urusan.  Yang hairan tue bila ditegur marah pulak sedangkan siapa sebenarnya yang bersalah??? 

Thursday, April 28, 2011

Coretan Ke-38 - Jamuan Perpisahan...

Salam semua...
Ok ramai kawan-kawan dah cerita tentang majlis perpisahan En  Mohd Sulaimi di blog-blog dan facebook, jadi hari nie saya tak payah la citer tentang majlis tersebut, gambar-gambar yang diambil dah letak pun dalam facebook.  Gambar biasa-biasa je sebab kamera pun cikai je tak macam kamera kawan-kawan yang mengguna DSLR yang canggih.  Malahan tadi ramai pelajar yang bawa sendiri kamera DSLR mereka, perghhh... nie yang jadi teringin...  Nampaknya dua hari berturut-turut ada jamuan di tempat yang sama, cerita nie pun sebab saya ditugaskan untuk menguruskan kedua-duanya.
 Ok menu hari nie lebih kurang semalam cuma ada sedikit perubahan dibuat bagi mencuba menu-menu yang baru.  Alhamdulillah ramai yang puji menu yang dipilih, gembira kerana rakan-rakan tidak menyesal membayar untuk hadir ke jamuan ini.  Ok gambar di atas adalah menu sama seperti semalam iaitu fried chicken with manggo.
 Nie pun sama seperti semalam iaitu fried prawn with butter.
 Hidangan di atas yang baru dicuba iaitu stir fried beef  with black pepper sauce.  Ada seorang kawan yang kata lepas nie bila ke restoran tersebut lagi akan order daging black pepper, maksudnya sedap la kan.
 Yang nie pulak adalah fried squid fritters maksudnya sotong goreng tepung la kan, tapi lain dari yang selalu makan kat restoran seafood. Sotong nie lebih sedap sebab tepungnya lebih berperisa dan sedap.
 Semalam makan tomyam putih jadi hari nie cuba pulak egg with sea weed soup.  Sebelum nie saya dah pernah mencuba sup di atas, sebab tue sup nie dipilih dan ramai yang tanya nama sup tersebut sebab katanya nak order sup nie lain kali.
 Nie pulak brinjal with sambal, terlambat ambil gambar jadi dah terusik terung nie..
 Last sekali fried fish with 3 taste atau siakap 3 rasa.
 Gembira bila rakan-rakan menikmati jamuan dan moga lain kali, bila kita buat jamuan bole la buat di Horizon Garden Restaurat, Seri Manjung sekali lagi.  Restoran nie ada cawangan lain di Kota Baru dan satu lagi di Kuantan.

Coretan Ke-37 - Saham Bank Rakyat

Salam semua...
Kita stop kejap cerita tentang persaraan Cikgu Sulaimi yang belum lagi habis dan hari nie meh... kita citer tentang cara nak menambah pelaburan bagi yang berminat untuk menambah pendapatan.  Bagaimana caranya?? Mungkin ramai yang dah tahu dan sudah pun melabur tapi saja la nak citer kalo-kalo ada yang berminat atau belum tahu.
Ok nie maklumat yang saya jumpa bila cari-cari tentang saham Bank Rakyat nie.  Copy paste je hehehe.. halal ye..

Kepada yang belum tahu,keahlian keanggotaan koperasi Bank Rakyat atau ‘saham Bank Rakyat’ telah dibuka semula awal bulan April selepas mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menambah modal mereka.
Permohonan sudahpun di buka kepada ahli sedia ada atau ahli baru dan bolehlah datang ke cawangan yang berhampiran untuk memohon.Had atau tambahan syer yang dibenarkan hanya RM500 sahaja,walaubagaimanapun sekiranya anda berminat untuk memohon lebih dari jumlah tersebut,bolehlah menbuat permohonan  dan ia tertakhluk kepada ahli lembaga negara.
Bagi pelabur yang ingin menambah saham dalam Bank Rakyat, Bank Negara meluluskan penambahan modal berbayar Bank Rakyat daripada 2 bilion kepada 3 bilion sudah tentu adalah berita baik yang ditunggu-tunggu.
Bagi pelabur yang sudah mendaftar dan masih dalam giliran menunggu untuk tambahan saham pasti mengharapkan surat tawaran daripada Bank Rakyat. Bagi mereka yang belum menjadi ahli, mungkin ini peluang terbaik untuk turut sama merasai dividen 15% yang diberikan oleh Bank Rakyat sejak 1999.

Untuk mengetahui sama ada anda sudah dalam senarai giliran menunggu atau “waiting list”, anda boleh menyemak melalui talian ini  1-300-88-12265 atau terus ke cawangan yang berhampiran.

Bagi pelabur yang sudah mendaftar dalam giliran menunggu untuk tambahan saham pasti mengharapkan surat tawaran daripada Bank Rakyat. Bagi mereka yang belum menjadi ahli, mungkin ini peluang terbaik untuk turut sama merasai dividen 15% yang diberikan oleh Bank Rakyat sejak 1999.
Lanjutan pengumuman penambahan saham Bank Rakyat baru-baru ini, pelanggan dan mereka yang berminat boleh melanggan/mendapatkan saham ini di semua cawangan Bank Rakyat di seluruh negara.
Bagaimanapun, Bank Rakyat TIDAK MELANTIK mana-mana INDIVIDU/SYARIKAT bagi mengedarkan borang, mengutip wang tunai/cek bagi tujuan pemilikan saham ini.
Adalah dimaklumkan bahawa semua proses untuk memiliki SAHAM BANK RAKYAT hanya boleh dilakukan di CAWANGAN BANK RAKYAT SAHAJA.
Sila hubungi cawangan Bank Rakyat yang berhampiran anda untuk sebarang pertanyaan atau hubungi pusat panggilan tele-Rakyat 1-300-88-1BANK (12265).

Waktu operasi bank rakyat bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang sahaja.Manakala waktu operasi pada hari jumaat bermula dari 9 pagi hingga 12.45 tengahari dan bersambung semula pada jam 2.30 petang hingga 5.15 petang.Syarat permohonan bank rakyat mestilah berumur 18 tahun ke atas,bumiputera beragama islam dan bukan beragama islam,  Bukan bumiputera beragama islam, tidak muflis, tiada tindakan makhamah serta tidak pernah ditaksir dan menjadi anggota koperasi.
Buat masa ini tiada tarikh tutup permohonan kepada anggota baru dan tertakhluk kepada jumlah dana yang ditawaran.
Sila baca notis penting ini:

NOTIS PENTING SAHAM BANK RAKYAT
Lanjutan pengumuman penambahan saham Bank Rakyat baru-baru ini, pelanggan dan mereka yang berminat boleh melanggan/mendapatkan saham ini di semua cawangan Bank Rakyat di seluruh negara.Bagaimanapun, Bank Rakyat TIDAK MELANTIK mana-mana INDIVIDU/SYARIKAT bagi mengedarkan borang, mengutip wang tunai/cek bagi tujuan pemilikan saham ini.Adalah dimaklumkan bahawa semua proses untuk memiliki SAHAM BANK RAKYAT hanya boleh dilakukan di CAWANGAN BANK RAKYAT SAHAJA.Sila hubungi cawangan Bank Rakyat yang berhampiran anda untuk sebarang pertanyaan atau hubungi pusat panggilan tele-Rakyat 1-300-88-1BANK (12265).

Balik je dari jamuan tadi terus ke Bank Rakyat sebab kedudukannya yang tidak berjauhan dan telah melabur dalam saham Bank Rakyat nie.  Kita hanya boleh melabur RM500.00 kerana memberi peluang untuk ramai turut serta dalam pelaburan ini.  Jika nak melabur lebih kena la buat permohonan.  Ok tue je la moga yang berminat cepat-cepat la ke Bank Rakyat sebab bila tanya tadi dia kata mungkin akan ditutup tak lama lagi.  So apa tunggu lagi..

Wednesday, April 27, 2011

Coretan Ke-36 - Jamuannya...

Salam semua...
Nie saja nak tunjuk gambar makanan semasa jamuan perpisahan yang diadakan petang tadi.  Semua sekali ada 7 hidangan berserta dengan nasi dan air oren.  Di akhir jamuan dihidang buah-buahan.  Bawah nie gambar makanan yang telah siap dihidangkan.  Memang tak sabar nak makan kerana ramai yang belum makan tengahari dan masa nie dah pun pukul 3.00 petang.

Ok mula dengan gambar di bawah Beancurd Claypot.  Sedap dengan tauhu telur dan ada cendawan, dimasak dengan oyster sauce.



Ni pulak sup tomyam putih.  Boleh tahan jugak la rasanya.
 Yang nie memang sedap dan masa order hidangan nie memang ramai yang minta iaitu Chicken with Manggo.
 Seterusnya satu lagi hidangan yang popular di restoran nie iaitu Butter Prawn yang semua setuju sedap.
Nie pulak sotong cili kering.  Boleh tahan, lain kali cuba masakan sotong yang lain pulak.
 Sayur yang dipilih pulak Siew Pak Choy with Oyster Sauce, sebab dah selalu sangat makan kailan dan kangkung jadi ada yang minta kami cuba sayur nie pulak.
Ada satu lagi hidangan yang terlupa nak diambil gambarnya iaitu Steam Siakap Nyonya Style.  Ada di gambar yang atas sekali ditengah-tengah.
Last sekali diorder Tiramisu Mousse Cake sempena persaraan Cikgu Sulaimi untuk dimakan beramai-ramai.  Best...

Coretan Ke-35 - Majlis Perpisahan bidang Kemanusiaan Untuk Encik Mohd Sulaimi Md Islam

Salam semua...
Esok merupakan hari terakhir Guru Kanan Kemanusiaan merangkap boss saya bertugas di SMVSM.  Sempena majlis persaraan beliau maka kami guru-guru bidang kemanusiaan telah menganjurkan satu jamuan perpisahan untuk beliau di Horizon Garden Restaurant, Seri Manjung.

Mula mengenali Cikgu Sulaimi bila beliau mula bertugas di SMVSM dan apabila beliau dilantik menjadi Guru Kanan maka saya menjadi Ketua Panitia untuk subjek saya.  Lama bertugas di bidang Kemanusiaan bersama-sama beliau.

Untuk jamuan ini Cikgu Sulaimi hadir bersama-sama isteri beliau.  Jamuan yang dianjurkan ini santai sahaja dan kami meminta Cikgu Sulaimi menyampaikan ucapan dan amanat kepada kami semua.  Seterusnya Ustaz Fauzi membacakan doa dan bermulalah acara yang dinanti-nantikan, apa lagi makan-makan la...

Selepas selesai jamuan tidak sah jika tidak diambil foto kumpulan.  Moga Cikgu Sulaimi sekeluarga akan sentiasa sihat dalam menghadapi dunia persaraan dan terus berjaya di masa-masa akan datang.

Tuesday, April 26, 2011

Coretan Ke-34 - Mesyuarat Panitia Daerah

Salam semua...
Hari nie terpaksa menghadiri satu mesyuarat peringkat daerah di sebuah sekolah di Lekir.  Mesyuarat bermula pukul 2.30.  Teringat semasa belum memililki kereta dan terpaksa ke mesyuarat di sebuah sekolah di Sitiawan, saya menaiki bas ke Sitiawan dan seterusnya berjalan kaki ke sekolah tersebut yang jaraknya hampir 2 kilometer dari setesen bas Sitiawan.  Nak tunggu bas untuk ke sekolah tersebut,  tak tahu pulak bas yang ditunggu akan sampai pukul berapa, jadi ambil keputusan jalan kaki saja.   Entah kenapa masa tue tak ambil saja teksi untuk ke tempat mesyuarat.  Tapi memang pada masa tersebut teksi tidak banyak dan susah untuk mendapatkannya kerana kena tunggu sampai 4 orang baru dia akan jalan.  Atau saya yang kedekut hahaha..... (Eehhh tak laaa.... tak yee...)  Nak tumpang orang tak kenal pulak sesiapa yang akan ke mesyuarat yang sama. Hrmm....
View Image
Itu semua kenangan dan selalu bila berjumpa Belkies kawan yang sama-sama berjalan kaki dulu mesti terkenang peristiwa lalu terutama bila ada cikgu yang tidak mahu ke mesyuarat di luar sekolah hanya kerana tiada kenderaan. 

Mesyuarat hari nie hanya membincangkan tentang headcount, analisis dan post mortem untuk keputusan PMR dan SPM yang lalu, selain tentang program yang dirancangkan.  Moga matlamat untuk menjadikan Perak Sentiasa Di Puncak Kecemerlangan tercapai. Insyaallah...

Coretan Ke-33 - Saman

Salam semua...
Dalam kesibukan kerja sempat jugak meluangkan masa untuk mengambil surat berdaftar di pejabat pos yang dah masuk hari ke 10.  Jika lebih daripada 15 hari surat berdaftar tersebut akan dihantar kembali kepada pengirim, tue yang cari jugak masa untuk mengambil surat tersebut sebab kebetulan semasa surat berdaftar tersebut dihantar saya tiada di rumah.  Pernah sekali datang surat berdaftar di kampung dan kebetulan masa menerima surat pemberitahuan tersebut dah lebih 15 hari jadi surat tersebut dihantar balik.  Jadi sebab fikirkan surat tersebut adalah surat yang dinantikan ini, jadi saya pastikan sebelum 15 hari surat tersebut diambil.

Bila sampai pejabat pos terus ambil nombor giliran dan dapat nombor 1150 dan masa tue no 1137 sedang berurusan di kaunter.  Jadi mungkin sekejap la kot menunggu.  Tapi tak tau la kenapa kena tunggu sampai 40 minit baru no giliran saya sampai.   Lambatnya... entah kenapa pejabat pos nie memang selalu dari dulu-dulu lagi lambat sangat untuk selesaikan satu-satu urusan.

Dah la tunggu lama, bila dapat surat, tengok-tengok surat saman.....
Uuwwaaaaa...... nampaknya melayang la RM300.00.  Masa orang sibuk-sibuk bayar saman awal tahun dulu nasib baik tak de saman tapi nampaknya dah ada pulak satu saman.  Kalau tahu surat berdaftar tue surat saman sumpah tak sibuk-sibuk ambil kat pejabat pos tadi.  Baik biar je......
 
Pak polisi tak boleh nyorok-nyorok lagi ye untuk saman pemandu...

Monday, April 25, 2011

Coretan Ke-32 - Belanja Makan

Salam semua...
Petang nie ada urusan yang kerja yang perlu diselesaikan di Virgo Batik Resort dan saya ke sana bersama seorang rakan.  Setelah selesai semua urusan maka ada orang yang nak belanja makan di situ.  Sesekali orang belanja dan cakap ok pilih la nak makan apa saja... wow, bestnya sampai tak tau nak makan apa...
Saya order air tembikai dan kawan order chocolate milk shake.  Di hari yang panas nie memang sejuk dan menyamankan minum air nie.

Lepas lama fikir dan memang dah lama tak makan steak maka order la steak di atas.  Rasa okey cuma sebab saya tak bagi tau nak steak tu macam mana jadi rasa macam dia buat rare je.  Apa pun black pepper sauce tue sedap.
Kawan saya pula order nasi goreng ayam dan dia kata sedap... Terima kasih nanti belanja lagi ye hehehe...

Coretan Ke-31 - Cucu

Salam semua...
Hari nie dapat berita gembira kerana saya dah pun menjadi seorang nenek.  Tak pe walaupun nenek, tapi tetap vogue ye... hehehe...  Nie la gambar-gambar cucu saya yang diberi nama HARITH HAZIQ BIN MOHD FAIZ.

Dalam keluarga saya, Harith kiranya adalah cucu saudara pertama dari anak kakak saya yang berada di Penang.  Masih lagi belum berkesempatan untuk mengunjungi kakak dan melihat cucunya mungkin dalam masa terdekat nie bila ada kelapangan kerana sekarang boleh dikatakan setiap Sabtu ada saja aktiviti dan perlu bertugas.

Semoga Harith Haziq membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. Amin...

Sunday, April 24, 2011

Coretan Ke-30 - Junior Masterchef Australia

Salam semua...
Masa tulis nie sedang berlangsung Grand Finale Junior Masterchef di channel 711.  Dah lama tunggu program nie dan hari nie baru ditayangkan di Malaysia.  Dah lama tengok dan tahu siapa pemenangnya di You Tube. .
 
Untuk Grand Finale nie pertarungan antara Isabella dan Jack.  Kagum macam mana kanak-kanak di antara umur 8 ke 12 mempunyai kehebatan untuk memasak hidangan yang mungkin orang dewasa pun ramai tidak dapat melakukannya

Nie dia Isabella dan Jack peserta akhir untuk Junior Masterchef Australia.  Untuk cabaran grand finale nie terdapat dua cabaran, yang pertama cabaran ciptaan untuk hidangan di restauran dengan Isabella sebagai pemenangnya. Isabella memilih makanan laut iaitu udang dan scallop, manakala Jack memilih burung puyuh.  Isabella memang cool bila memasak dan memang sentiasa memerhatikan dia kerana tahu dia merupakan pemenangnya.

Nie dia 12 peserta akhir Junior Masterchef Australia dan semuanya memang berbakat.  Pelbagai jenis hidangan dapat mereka sediakan.  Dalam pertandingan nie, terserlah kejujuran kanak-kanak yang bertandingan sesama sendiri tanpa ada rasa marah, dengki seperti di rancangan Masterchef untuk orang dewasa.

Coretan Ke-29 - Errr...

Salam semua...
Masa mula-mula buka blog nie berkobar-kobar nak tulis sekerap yang mungkin. Tapi bila sibuk, kekeringan idea dan kadang-kadang hanya kerana malas dan fkiran buntu terbiar la blog nie.  Itu yang terjadi pada blog yang terdahulu.  Bila di umur begini nak menulis memang agak sukar kerana saya bukan seorang yang kreatif, jadi satu cara untuk mengasah minda, blog dijadikan medium selain mula berjinak-jinak kembali dengan membaca novel-novel kreatif.

Wednesday, April 20, 2011

Coretan Ke-28 - Yong Tau Foo

Salam semua...
Sedapnya kalo dapat makan yong tau foo malam  nie....  Lama rasanya tak makan.  Dulu bila teringin je beli dekat pasar malam dan di satu gerai di medan selera berdekatan pasar Sitiawan.  Tapi sekarang nie macam kurang rajin nak ke sana hanya untuk beli yong tau foo.

Yong tau foo nie yang saya tau ada dua jenis yang makan dengan sup dan dengan sos cili.  Saya lebih suka yang bersup disulamkan dengan sos cili.  Kalau di Manjung nie sos cilinya dibuat daripada cili api jadi tau la kan tahap kepedasannya.  Slurp, slurp.... hirup sup diletak sikit sos cili, perghhh.... sedapnya, sambil tue makan la segala kangkung, fish ball, wanton dan lain-lain lagi.  Tak ingat....

3 gambar nie semasa makan kat Hometown Yong Tau Foo di Ampang.  Yong tau foonya ada yang memang dah diletak sekali dalam sup dan ada yang digoreng dan bila kita nak makan letak la dalam sup tu sekali atau makan macam tue saja.  Walaupun simple je tapi memang sedap la.

Gambar atas nie sos cilinya.  Sebab sos cili tue diletak dalam satu bekas yang agak besar jadi senang la nak tambah sos jika kepedasannya tidak cukup.

Nie gambar yong tau foo bersos cili, gambar nie ambik kat google je.  Ada yang memang tak suka yong tau foo bersup jadi ini yang jadi pilihan.  Nak cari yong tau foo la...

Coretan Ke-27 - Berbasikal

Salam semua...

Boleh berbasikal tak?  Saya percaya hari ini ramai yang mungkin tidak pernah berbasikal dan tidak tahu cara menunggang basikal.  Kalau pernah pun hanya semasa zaman kanak-kanak sahaja.  Saya pun macam tue la selepas habis zaman persekolahan dah tak pernah tunggang basikal lagi.  Ehh tak..., masa tahun pertama di universiti pun basikal merupakan transport utama untuk ke kuliah.  Lupa pulak...
Pagi tadi dalam perjalanan ke sekolah nampak pelajar sekolah yang berbasikal ke sekolah, teringat masa dulu-dulu, pagi-pagi kayuh basikal ke sekolah. Saya berbasikal ke sekolah bermula dari tingkatan 1 sampai la tingkatan 6.  Jarak rumah dengan sekolah dalam 7 km, dan masa tue ramai yang sama-sama berbasikal.  Kenderaan di jalan raya pun tidak sebanyak sekarang jadi rasa selamat walaupun melalui jalan besar.  Bila hendak ke rumah kawan-kawan pun kami ramai-ramai berbasikal dan yang paling jauh ke rumah kawan di Kampung Boyan semasa Tahun Baru Cina.  Saya tinggal kat Kamunting tau... Kira jauh la tue...

Masa tahun pertama di UUM yang masa tu masih lagi dekat Bandar Baru Darul Aman sebelum berpindah ke Sintok,  ramai yang berbasikal untuk ke kuliah. Jarak perjalanan antara kolej kediaman dan kampus dalam 2 km kot  ke tak sampai.  Jadi ramai la pelajar dengan berpakaian kemas sebab UUM mahukan pelajarnya berpakaian ke pejabat bila ke kuliah (universiti pengurusan kan...), perempuan dengan baju cantik-cantiknya yang lelaki dengan tie naik basikal ke kuliah.  Memang kenangan la semua tue...

Bila dapat je duit pinjaman masa tue basikal la yang dibeli dulu.  Hehehe... best la masa tue... Kedai-kedai menjual dan membaiki basikal pun ada 2, 3 buah kat Bandar Darul Aman tue.  Tapi bila di tahun kedua kena pindah ke Sintok dan basikal yang dibeli tue masa cuti yang lama disimpan di kampus.  Basikal tersebut telah dijual je kalo tak salah dengan harga RM50 kot lupa la kepada pihak universiti ke MPPM.  Lupa sapa yang uruskan jual beli basikal tersebut.

Sekarang dah lama tak berbasikal dan teringin untuk berbasikal kembali sebagai riadah.  Dah beberapa kali ke kedai basikal dan mengushar basikal yang berkenan di hati... tapi tue la bila nak beli ye...  Kat sekolah saya sekarang ramai yang ber super bike walaupun ada yang mengajak tapi rasanya tak kot...  Basikal juga di hati.... hehehe....

Tuesday, April 19, 2011

Coretan Ke-26 - Kemas Rumah

Salam semua...
Hari nie cuti sempena hari keputeraan sultan teman (wah tetiba...) yang ke - 83.  Daulat Tuanku.

Kejap je dah petang, gitu la bila hari cuti rasa cepat sangat masa berlalu.  Tapi kalo hari keje terasa lambat pulak ye... Ajaib betul. Jadi jadual hari nie cadangnya nak kemas rumah tapi bila mengemas sambil bersulamkan fb, blogwalking tak de nya dapat kemas satu rumah cuma sempat mop lantai, lap tingkap dan kemas-kemas dapur je.  Yang lain tunggu lain kali la nampaknya.  Rumah tidak la kotor sangat cuma habuk tu memang dah dua tiga inci tebalnya.

Pernah panggil orang untuk tolong kemaskan rumah tapi tak puas hati la sebab rasa kalau buat sendiri mesti lebih bersih.  Jadi nie la jadinya buat sikit berhenti buka komputer, tengok tv, makan-makan, jadi kemas sikit  berhenti sambung lain kali. 


Coretan Ke-25 - Reunion

Salam semua...
Hari nie cutikan jadi lama la sikit mengadap komputer nie dan belek-belek gambar-gambar lama yang ada di dalam album di fb, dan ternampak gambar masa reunion yang diadakan di antara kawan-kawan sekolah dan semasa ITM.  Nie la yang bestnya fb kerana dapat bertemu kembali rakan-rakan sekolah, universiti dan jiran sekampung dulu.  Bila dah berjumpa di fb mesti reunion dan gathering antara agenda utama. Sepanjang berfb yang bermula pada tahun 2009 saya telah menghadiri beberapa reunion antara kawan-kawan sekolah baik sekolah rendah dan menengah, ITM dan universiti.

Gambar atas nie adalah reunion yang pertama saya hadiri antara rakan-rakan semasa tingkatan 4 dan 5 TMGS, Taiping yang diadakan di PJ Hilton pada Disember 2009.  Walaupun yang hadir tidak sampai 20 orang tapi sangat meriah kerana telah lama tidak bertemu.

Gambar yang di atas ini pula semasa reunion kawan-kawan TMGS jugak di Hotel SSL Traders Taiping pada 15 Februari 2010.  Masa nie lebih ramai yang hadir kerana semasa tue bersempena dengan cuti Tahun Baru Cina, dengan tema black and whitenya.  Masa gambar ini diambil ada di antara rakan-rakan yang sudah balik.

Nie pulak gambar reunion rakan-rakan semasa di Sekolah All Saints, Kamunting semasa di tingkatan 1 hingga 3. Sekarang sekolah nie telah menjadi sekolah rendah sahaja dan junior saya setahun adalah pelajar menengah terakhir di sekolah tersebut dan reunion nie adalah antara pelajar batch saya dan junior.  Reunion nie semasa hari raya Aidil Fitri yang ketiga diadakan di Legend Inn, Taiping pada 12 September 2010.  Kawan-kawan sekolah All Saints nie memang rajin menganjurkan gathering dan perjumpaan kecil-kecilan.  Sebelum majlis reunion nie, beberapa gathering dan sesi mencari kawan-kawan telah dianjurkan.  Ada beberapa orang rakan yang memang rajin mencari kawan-kawan.

Yang ini adalah reunion kawan-kawan All Saints terkini yang diadakan di Hotel DePalma, Ampang pada 18 Disember 2010 dengan tema merah putih, warna sekolah. 

Bila berjaya berjumpa dengan rakan-rakan sekolah maka saya pun mencari rakan-rakan semasa belajar di ITM, Shah Alam.   Dan buat permulaan perjumpaan yang kecil dianjurkan.  Masa nie hanya 6 orang kawan sahaja yang dapat hadir dan hanya diadakan di kedai mamak di Cyberjaya pada 30 April 2010.  Walaupun hanya 6 orang, tapi ada yang datang dari Penang untuk perjumpaan ini, Khobil la tue.

Bila dah berjumpa dengan ramai rakan ITM di fb nie baru la satu reunion dianjurkan di Intekma Resort, Shah Alam pada 10 Julai 2010.  Yang bestnya, Azmi datang dari Sarawak khusus untuk reunion ini, Najah dari Kelantan, Hafilah dari Johor, Khobil dari Penang, saya dari Manjung (hehehe... nak jugak tue...) dan rakan-rakan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.  Masa gambar nie diambil ada rakan-rakan yang hadir tidak ada sekali bergambar.

Memang seronok berjumpa dengan rakan-rakan setelah lama tidak bersua.  Perubahan ada di sana sini.  Ada yang sangat berjaya dalam hidup dan sebagai rakan kita tumpang gembira kerana mereka tidak sombong dan masih seperti dulu merendah diri dan very humble.  Macam-macam cerita lama dibongkar kembali yang membawa kepada nostalgia-nostalgia lama. Kalaulah boleh di ulang kembali waktu-waktu dahulu ....

Tahun 2010, memang meriah dengan perjumpaan dengan rakan-rakan sekolah, ITM dan universiti dan saya memang rajin jugak untuk turut serta jika tidak ada kerja.  Tapi tak tahu kenapa 2011 nie reunion dan gathering nie macam kurang sikit sambutannya.  Mungkin sebab dah pernah berjumpa jadi excitement tue turut berkurang.  Reunion dengan rakan-rakan ITM patutnya dianjurkan pada bulan April atau Mei tetapi sebab masing-masing sibuk dengan kerja maka terpaksa ditangguhkan ke bulan Jun. 

Apa pun semoga persahabatan yang kembali terjalin akan berkekalan dan terus subur setelah terpisah bertahun-tahun.  Jika ada perkara-perkara lama yang masih lagi berbuku di hati sudah seharusnya dilupakan kerana kita hidup tidak lama dan tak kan kita perlu tunggu 10 atau 20 tahun lagi untuk berjumpa kembali.  Masa tue kita tidak tahu kita ada lagi atau tidak....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada Ke Yang Membaca??